Wednesday, February 11, 2009

Pak cik........

Sedang aku melayan kisah Karpal Singh cuba menyaman Sultan Perak di Bulietin Utama TV3, datang seorang student UiTM ke meja aku (meja cashier).
"Saya nak amik pesanan atas nama nadia."
"Jap ek"
(sambil membelek beberapa bungkusan polestrin kat atas meja)
"Wokeh, nadia punya dah siap!"
"Berapa semua pak cik?"
Hoh, pak cik? Aku merentan dalam hati. Namun aku gagahi jua panggilan tersebut disarungkan pada aku.
"Sembilan hinggit lima puluh sen jek."
Setelah transkasi di buat...."terima kasih pak cik!"
Dan sekali lagi aku menahan ketidak puashatian dalam hati aku ni. Pak cik? Tua sangat ke aku pada pandangan budak ni! Huhuhuhuhu.....T_T
Esoknya aku bercerita pada kawan dengan hajat meraih simpati. Rasional aku menyatakan yang aku tak kisah kalau orang panggil 'pak cik' sekiranya aku dah berkahwin. Tapi situasi sekarang ni, aku belum kahwin, dah kena panggil pak cik.
Habis sahaja aku bercerita, kelihatan muka kengkawan aku yang berkulit cerah bertukar merah, menahan gelak. Dengan bermodalkan sedikit sengih dari aku, terlepas lah gelak besar dari diorang!
"Kah, kah, kah.....Hahahahahaha......pak cik!!!!!"
Aku hanya mampu senyum, tersengih dan akhirnya turut sama melepas gelak. Dan tak dinafikan cerita tu kelakar pada aku dan kengkawan aku! Namun, hakikat tetap aku kena terima, 'aku dah semakin tua!'

Thursday, February 5, 2009

"Kau sape hah?"

"Kau sape nak tegur² aku ni? Kau ingat kau tu dah bagus sangat! Diri sendiri pun lintang pukang, ada hati nak tegur orang!"

Begitu panas telinga bila dihambur dengan kata² tersebut. Seakan telinga dicurah dengan air rendaman lada. Panasnya telinga tidak kurang dari kepanasan yang hinggap di ulu hati. Pedih, pijar! Perlukah aku menjadi Yang berhormat untuk menegur? Perlukah aku bergelar 'Al-Fadhil' untuk berbicara. Perlukah aku berada di puncak pangkat untuk berkata²? Telah jelas keegoan pada diri, walau 'title' apa sekalipun yang kau dokong, tetap ayat itulah yang akan diterima sekiranya yang ditegur mengenderai ego sebagai tunggangan, menyuap sombong sebagai makanan dan menyarung megah sebagai pakaian.

Teringat aku kepada kata² hikmah yang aku kurang pasti dari mana aku perolehi.

"Permata tetap dipanggil pemata walau keluar dari mulut anjing sekali pun!"

Jelas sekali, kita tidak perlukan sebarang pangkat pun untuk menegur atau ditegur. Cukup sekadar kesedaran itu timbul bagaikan sabut dan rase segan tenggelam di dalam kabut. Sekiranya apa yang diperkatakan itu benar, nasihat dari penjenayah sekalipun perlu diamati, dan kata² dari anak kecil sekalipun perlu diberikan teliti.

Minda lantas menyorot pada salah satu dari babak dalam 'Ayat² Cinta', ketika mana Fahri, watak utama dalam cerita tersebut dipersenda pada mulanya oleh seorang lelaki yang memegang watak orang gila di dalam sel tempat Fahri dipenjarakan apabila beliau difitnah merosakkan kehormatan seorang wanita. Namun watak lelaki tersebut menegur Fahri akan sikapnya yang menganggap dirinya suci dan tidak sepatutnya berpendirian menyalahkan pencipta. Lantas lelaki gila tersebut telah memperingatkannya tentang kisah Nabi Allah Yusof yang difitnah dan dimasukkan penjara, seiras dengan apa yang telah berlaku pada Fahri.

"Allah sedang berbicara dengan mu Fahri, Allah sedang mengingatkan mu untuk tidak sombong!"
-selang beberapa babak-
"Istighfar Indonesia.....istghfaaaar! Ingat lagi siapa dirimu (ketawa). Apa yang telah ku lakukan selama ini....hah? (ketawa) Tidak kah kau sombong Fahri! Kau rasa paling benar, kau merasa paling suci...bahkan di hadapan isteri mu sendiri! (ketawa)"
"Kau ingat, kisah Yusof a.s. dan Zulaikha........"(kisah nabi Yusof dan Zulaikha)
Dan babak ketika Fahri di 'tarbiah' oleh orang gila tersebut merupakan antara babak dalam cerita tersebut yang menjadi minatku untuk diulang beberapa kali. Betapa benar kata² yang dilontarkan oleh 'orang gila' tersebut pada Fahri, seorang penuntut cemerlang Universiti Al-Azhar yang mana jika dihitung dengan akal cetek manusia ego, babak tersebut tidak mampu ditelan lumat oleh mereka.
Namun ape yang aku perkatakan di dalam coretan ini masih tidak mampu merungkai sombong pada manusia berhidung tinggi. Selagi mana keegoan, kesombongan dan bangga diri masih diletak di singgahsana hati. Fikiran lah sendiri, kerana kita mampu jadik seperti mana entri aku yang lepas bertajuk 'Budaya Ketuanan Yang Tinggi' jika kita benci dengan teguran dan jijik dengan kritikan! Jika dua hidangan minda di atas tidak mencerna sifat keji, cuba pula hayati kata² dari Saidina Ali:
"Jangan kamu melihat siapa yang berkata, tetapi dengarkan lah apa yang diperkatakan!"

Monday, February 2, 2009

Another me.......

Akibat gangguan emosi yang melampau beberapa minggu yang lepas, seperti mana yang aku sebutkan dalam entri yang lepas, blog yang sepi ini terus menyepi dari sebarang catatan. Terniat di hati untuk menukil beberapa perkara yang berlaku dalam beberapa hari - minggu yang lepas. Namun, entah kenapa jari yang cuba ditarikan di atas papan kekunci ini seakan canggung. Menyebabkan niat itu terus tergantung di langit akal.
Aku penat....entah kenapa. Aku lesu.....juga tak pasti. Tahap kesihatan juga di tahap yang membimbangkan. Adakah kerana emosi? Mungkin! Faktor umur? Juga mungkin! Cara hidup yang tak sihat? Seaakan pasti pulak aku dengan faktor ketiga nih!
Setelah dicongak dan dihitung, ketiga² kemungkinan tadi adalah berkaitan. Umur dah semakin meningkat, hidup dengan cara hidup yang tidak sihat (membadak, ngadap PS2 n dan PC) dan gangguan emosi memburukkan lagi keadaan yang telah sedia parah!
Rindu mengajak aku menonton layar memori yang pernah aku lakonkan di pentas silam. Aku tersenyum melihat diri sendiri yang begitu berbeza dari aku yang kini. Namun minda rasional segera menyeret aku ke bangku realiti. Lantas tawar menyulam bibir hingga hilang manisnya rasa yang baru ku hirup tadi.
Bila la akan kembali aku merasai keseronokan seperti dahulu. Bila mana badan ini lincah, bilamana semangat ini tabah dan bilamana tenaga ini gagah. Aku dah penat dengan 'kepenatan' ini. Aku dah letih dengan 'keletihan' ini dan aku dah bosan dengan 'kebosanan' ini! Please God, help this humble and low-life servent of yours to improvise himself to greatness!

Tuesday, January 20, 2009

Aku gila........

Telah habis segala tenaga dan semangat ku disedut oleh sesuatu yang aku tak pasti puncanya
Telah hilang minatku kepada sebilang perkara yang pernah menyebabkan aku teruja
Telah tawar kemanisanku pada hampir semua benda dalam setiap senyum dan tawa
Telah tohor akalku tika cuba menjana kata² untuk melontar jenaka
Pedih hatiku kerana ia
Longlai jasadku kerana ia
Bungkam minatku kerana ia
Sesat keruanku kerana ia
Ingin sahaja ku biarkan angan ini teroleng di lautan itu
Terapung mengikut tarian ombak yang kelihatan mesra
Bersama sisir angin yang sepertinya selesa
Sehingga tiba saatnya aku terdampar di pantai nyata
Mengutip kembali jasad
Untuk kembali berjalan memamah usia
Satu persatu munasabah dihitung
Mencari kebarangkalian tindakanku maksom
Mencari kemungkinan benakku disokong
Kerana setiap kali kaki waras dicecah di laut itu
Perit masinnya menjalar segenap sendi
Akibat calar segar disebat sang sepi
Yang memenuhi tubuh di setiap inci
Arrrghhh.....kenapa aku mesti jatuh
Ke lautan yang jelasnya fantasi
Yang memang tidak boleh diadaptasi
Menjadi sesuatu yang boleh dikecap
Di dunia realiti!

I think, I need a long vacation where there's nobody there to nagging me, bugging me, ask me to do so and so. Just me, myself and Allah....of course!

Tuesday, January 13, 2009

Aku penyokong Yahudi......???

Beberapa menjak ni, kerap mendapat mesej berkenaan keadaan bantuan yang perlu diberi kepada saudara islam yang dizalimi di Palestin sana. Tak kurang juga dengan mesej² yang menggesa supaya dilakukan boikot terhadap barang² menyumbang ke arah ekonomi orang Israel tuh! Bila tengok senarainya....Masya Allah....banyak sungguh barang² yang kita guna seharian dari celik mata tadi hingga la pejam mata balik malam nanti! Cuba kita lihat catatan harian nih. (Tulisan berhuruf besar dan tebal merupakan jenama yang dicop sebagai penyumbang kepada ekonomi israel).
Bangun pagi gosok gigi pakai COLGATE, cukur janggut dan misai sikit pakai GILETE. Mandi pakai sabun PALMOLIVE. Sarap plak dengan NESCAFE campur dengan COFEE MATE. Dah siap mandi dan pakai baju kijer, sembur sikit GIORGIO ARMANI kat badan, kasik wangi sikit. Pergi kije pakai kasut berjenama CALVIN KLIEN (tak nak kalah tuuuh!). Sampai kat opis bukak pc yang pakai pemproses INTEL. Mana yang best sikit, pakai jenama IBM. Bila tengah hari call kawan pakai henfon NOKIA, kirim makan kat MCDONALD. Bila petang sikit terasa lapar......p kat pantry, bukak tin biskut jenama JACOB. Bila balik kijer petang singgah kat TESCO beli barang² harian sikit. Sampai rumah, masuk bilik air...mandi pakai sabun LUX, sebab sabun pagi tadi dah abis. Syampu rambut pakai HEAD n SHOULDER. Malam bukak citer hindustan. Sedih plak tu, terus amik tisu jenama KLEENEX kat atas meja. Sambil tu mulut tak berenti menyuap PRINGLES. Habis je hindustan perut lapar plak. Makan MAGGI sebab malas nak keluar. Konon nak sedap, ulam kan dengan air COCA COLA. Sebelum tidur, sekali lagi gosok gigi pakai COLGATE. Setel membersihkan diri, baring atas katil....baca² doa sikit (tu pun kalau ingat), terus lena.
Catatan di atas menunjukkan kita ni memang dah 'sebati' dengan Israel. Ia juga menunjukkan betapa lemahnya umat Islam dalam bab ekonomi nih! Sehingga hampir keseluruhan hidup hariannya di baluti dengan segala macam peralatan yang menyumbang kepada ekonomi yahudi. Jadi....mampukah kita untuk memboikot semua sekali barang² nih? Kata orang, kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Kalau tak dapat tinggal semua, jangan pulak buat semua.
Bila doa² untuk saudara kita di Palestine tu pulak, jangan pula lupa doa untuk diri sendiri, keluarga dan negara. Tak nanti jadi mcm IBLIS. Dia sibuk doakan malaikat lain, sampai lupa nak doakan diri sendiri. (rujuk kisah Azazil menjadi Iblis).
Firman Allah:
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang² yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."
(Al Quran Al Karim, Surah Ghafir-40, Ayat 60)

Tuesday, January 6, 2009

Budaya ketuanan yang tinggi.....

Budaya : 2. membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan dll) yg baik supaya berbudaya atau beradab;kebudayaan keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir)
Ketuanan : hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah, dll),
dipetik dari Kamus Dewan Edisi Ketiga
_______________________________________________________________
Tajuk posting aku kali ini merupakan ungkapan yang dilontarkan oleh kawan aku terhadap satu syarikat MELAYU yang merasakan yang diorang ni dah best giler! Aku juga beranggapan bahawa 'kejatuhan' adalah sesuatu yang mustahil bagi mereka sehingga mereka² ni tergamak mengeluarkan kata² yang berunsurkan penghinaan dan memijak maruah orang lain. Dan tidak keterlaluan aku rase bila aku mengatakan bahawa mereka ini berlaku khianat di atas amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka, lantaran keluarlah istilah ber'tonggeng'jawab yang pada aku lebih sesuai dilabelkan kepada mereka ini! Maka benarlah kata² ustaz aku dulu yang menyatakan bahawa kebarangkalian manusia yang gagal diuji dengan kesusahan adalah lebih rendah berbanding dengan kebarangkalin manusia yang gagal diuji dengan kemewahan!
Memang benar apabila diuji dengan kesusahan manusia tersebut mudah kufur. Tetapi cuba kita lihat pula implikasi kegagalan manusia yang diuji dengan kemewahan. Kat sini aku sebut individu je lah:
1. Tsa'labah dengan kambing²nya,
2. Qorun dengan harta²nya dan paling teruk adalah
3. Fira'un dengan kerajaannya sehingga dia mengaku yang dirinya tuhan! Na'uzubillah!
Kalau dilihat kembali kepada syarikat MELAYU yang disebutkan kawan aku tadi, kemungkinan untuk dia menjadi seperti individu yang telah aku sebut tadi adalah tinggi. (tidak merujuk kepada fira'un) Semoga mereka² ni cepat sedar dan bertaubat dan tidak melayan orang lain ni seperti sampah atau najis! Kerana walau setinggi mana pun kedudukan korang, tetap akan diletakkan 7 kaki lebih rendah dari tapak kaki akhirnya!

Thursday, January 1, 2009

Virus oh virus........

Babak hidup aku di pentas 2009 di mulai dengan pc kat opis aku mcm nak kong akibat serangan virus yang nampak mcm brutal. Aduuuuus.....ni semua akibat antivirus aku yang dah lebih 6 bulan obsolete (ye ke tuh?).
Minggu sebelumnya PC kat Unit Komputer, tempat aku buat kijer² audit kong gak. Antara kemungkinan yang aku diagnos kan sendiri adalah juga akibat serangan virus dan kekurangan ruang storan utama pada pc tersebut. Bayangkan partition 'C' nya boleh tinggal tak sampai 1MB dalam satu² mase! Tak giler ke mcm tuh!Tapi aku rase diagnosis aku tak betul. Kalau oldtechie buat pemeriksaan terhadap pc tu, mesti jauh bebenar dari ape yang telah aku diagnos kan! Hehehehe....!
Aku amat berharap 'cakera liut' pc aku kat opis tu tak de ape². Kalau tak....terjerit² la aku sensorang kat opis tuh! Banyak mende tu dalam pc tu! Selain kijer² audit, ianya turut memuatkan media² yang menjanjikan kegemberiaan untuk aku menghadapi kijer² seharian. (perrghh....ayat mcm iklan barang mainan kat tv)

Dah tu, aku buat entri ni kat mane? Kat rumah aku ke? Jangan bermimpi la haliiimmm! Ni pakai pc mama cool. Hehehe...jangan marah ek mama cool kalau datang esok pagi dengan keadaan meja berselerak dan beberapa setting kat pc hang telah berubah! Yaa...ampuuun!