Fuh, lamanya tertidur dari menjenguk blog. Ape ajjer la yang aku nak isik kat blog nih!
Huhuhuhuhu! T_T
Fuh, lamanya tertidur dari menjenguk blog. Ape ajjer la yang aku nak isik kat blog nih!
Huhuhuhuhu! T_T
Aku tidak sempat untuk merakam detik² yang aku anggap manis ketika program itu berlangsung. Cuma beberapa kesan parut dan calar menjadi bukti seketika bahawa program itu pernah berlangsung. Namun begitu, kenangan yang terukir selama 2-3 hari ketika di Sekakap, Mersing itu akan terus menjadi antara kenangan yang menjadi sebutan di masa akan datang.
Hmmm...seronok betul masa tu. Kan best kalau semua staf bersatu hati sepanjang masa sama seperti ketika program jalinan korporat itu berlangsung. Memang tidak dinafikan terdapat beberapa individu yang meminggirkan program tersebut dan menganggapnya sebagai satu program yang low-class dan ntah ape². Namun pada aku, ia berjaya sebagai satu program yang menghiburkan dan mampu menjadikan tempat untuk mengenali sesama staf yang berlainan jabatan, institusi malah dari daerah yang berbeza. Malahan ia juga boleh dijadikan kesempatan untuk mereka yang mencarik jodoh! Hehehehe!
Aku amat berharap agar program seperti ini diwujudkan lagi di masa hadapan dengan menjadikan aku sebagai AJK lagi. Biarpun penat, aku amat gembira dengan rakan² se'AJK', terima kasih kawan!
Panjang plak intro aku. Hehehehe!
Sebenornya aku nak citer pasal kucing yang sekarang menjadi penghuni tetap kat rumah parent aku kat kampung nuuu! Nak citer asal-usul macam panjang. So, aku singkatkan kepada rumah parent aku ada sepasang kucing jantan yang boleh aku kategorikan kembar hampir seiras. Dua² kaler kuning. Yang abang (aku agak la) mak aku panggil Kontot dan yang adik (pun aku agak jugak) mak aku panggil Panjang. Dua² nama diorang ni dapat dari keadaan fizikal diorang sendirik. Yang sekor tu ekor panjang dan yang sekor ekor pendek. Dah mak aku bagi nama. Dia bagi la ikut senang dia panggil dan dia cam. Kalau kucing tu kaler hitam, dia panggil la Hitam. Kalau putih dia panggil la Putih. Agak bulu dia kembang macam putik kekabu, dia panggil la Kembang. Dulu masa muda² dan masa kitorang kecik² nama kucing ni agak komersil sikit. Alice(pengaruh kartun) la, Simba(pun pengaruh kartun) la. Tapi tu semua adik aku yang bagi nama. Aku tak de masa nak pikir² ni. Ikut je la apa yang mak aku panggil. Huh, makin jauh pulak aku merepek.
Ok balik pada citer si Panjang dan si Kontot.

Diorang ni memang suka tido himpit² nih. Pantang ada alatan yang diorang boleh masuk. Tak kira la bakul ke, besen ke, kotak ke, tudung saji ke. Yang penting boleh muat badan diorang yang semakin gedabak tuh. Tak pe...gedabak² pun tetap comel. Kucing la kata kan. Silap pandang dah macam nasik himpit pun ada. Tinggal curah kuah lodeh je! Hahaha! Namun bagitu aku risau akan keharmonian diorang ni. Ini kerana antara diorang ni, hadir sekor kucing betina yang amat manja dengan salah seekor daripada adik-beradik nih. Aku berharap antara salah sekor ni, ada la yang 'beralah' supaya kehoramonian diorang ni kekal terjalin. Hehehe.....ajjer giller ah!
Kemudian cuba tengok pulak apakah yang menyebabkan kita berasa hampa dan kecewa.
Aku rase tak perlu aku perjelaskan maksud hampa dan kecewa kat sini, kerana ramai daripada kita dah tahu sangat akan 'rase' kedua² perasaan yang aku sebutkan.
Cuma, disini aku cuba nak menyatakan yang ada masanya kita boleh berasa hampa dan kecewa dan ada masa pulak aku rase kita tak boleh berasa sedemikian.
Pendapat aku:
So...boleh nampak tak bezanya?
Aku cuba bagi lagi satu contoh:
Kalau tak jelas lagi, aku akan terus simpulkan:
Kat ataih ni adalah antara senarai lagu yang aku dengar untuk beberapa minggu ni. Tema : lagu jepun! Senarai tersebut hanya sampai 37 bukan kerana aku hanya ada 37 lagu saje, tetapi kerana lagu² tersebut yang aku tengah minat nak dengar. Dan memang hobi aku suka sengar lagu yang aku suka berulang² kali.