Thursday, July 17, 2008

Implikasi

Dah dua malam aku tido pukul 2.30 a.m. Malam semlm (12 Rejab 1429/15 Julai 2008 - Selasa) sengaja tido lambat sebab secara tak sengaja terbukak ntv7 dan nampak pulak citer yang agak menarik sedang ditayangkan, 'Kate n Leopold'. Lakonan Hugh Jackman dengan Meg Ryan. Citer tu tak de la best sgt, tapi minat tgk Hugh Jackman berlakon sebagai seorang 'Gentleman'. Entah kenapa mcm ada satu tarikan dalam citer tuh. Tu yang aku tido hampir jam 3 tuh. Dan akhirnya, aku lambat ke pejabat. Huhuhuhu.
Dan malam tadi, dalam 2.30 a.m. jugak aku tido. Balik dari kijer, badan agak berpeluh dan melengas menyebabkan mata sukar untuk dipejamkan. Hasilnya, akibat bosan bergolek ke kiri dan ke kanan, butang 'on' pada pc ditekan. Ikon Heroes 5: Hammer of Fate pantas diklik, dan bermula lah 'journey' aku dalam game tu. Layan punya layan...terasa mata mula kelat, jam loceng disebelah digapai.....nah kau, pukul 2.15 a.m. Tanpa membuang masa, butang menu ditekan, save, dan terus quit. Game ni agak berhantu jugak, kalau di tangguh² memang boleh terbabas sampai pagi. Tapi aku rase, pada aku....semua game berhantu! Kui kui kui. Cuma pagi ni (14 Rejab 1429/17 Julai 2008 - Khamis), berjaya bangun awal dengan bantuan rakan serumah. Terima kasih Shah.....hehehehe.
Implikasi tidur yang tak cukup semalam, menjadikan koordinasi tubuh badan agak kurang stabil. Kelopak mata seakan digantung dengan beberapa ekor kambing. Berat tuuuh....! Akibat keadaan kantuk yang kritikal, beberapa kali juga mata terpejam ketika menaip. Mujur pejabat aku ni tak ramai orang. Kalau tak, sure dah jadik bahan ketawa satu pejabat. Tak boleh jadik ni, lantas tubuh badan dialih ke kerusi malas dan tak sampai berapa saat, mimpi terus bertandang ke dalam benak fikiran.
Dan hari ini secara rasminya aku memperoleh 1 jam++ pendapatan yang tak berkat....huhuhuhu

7 comments:

Unknown said...

besok lusa kau kerja la lebih masa tapi jangan claim ot..pasti berkat semula..hehe..genius tak aku?

asuhara sue said...

1. hugh jackman pon aku suka sangat.
2. elehhh..alasan jek tu dtg lambat
3. ko dah tak mimpi yg ngeri tu ke?

malkomal said...

amboii kambing bergantungan di kelopak mata yer.. kambing bertandok ada ekor gigi tajam tau.. tdo la halim tdo.. kata kambing tersebut..

artakus said...

kaff: memang genius dan islamik, nanti aku ikut saranan ko!

asuhara:
1. hehehehe....same as me
2. ko ni suka sgt tak caye ckp aku
3. hehehe...ada la gak.

eves
waaahh....mcm pernah kawan dgn 'kambing' tu je eves? :p

Ahmad said...

hohoho..

ataupun, kau bayar je zakat lebih sikit.. itu rejeki kene pastikan halal, kalau tak, susah nnt... :p

Mohd Sabar & Rafieah said...

suka aku baca blog ko lim :)
semoga ceria hidup ko!

artakus said...

gunblade: nanti aku try bayar lebih kalau boleh. :p

iman: thanks my friend, and thanks for reading my blog. :)