Friday, July 25, 2008

Kenapa kan?

Kenapa kan manusia suka mengambil kesempatan terhadap setiap peluang yang diberikan? Tidak kah mereka rasa bersalah apabila kesemapatan yang diambil menyebabkan ada hati dilukai, emosi yang tercalar dan jiwa yang merana? Mungkin mereka lupa menyakiti hati sesama manusia termasuk dalam dosa besar. Ataupun telah menjadi hobi makhluk² ini untuk menyakiti hati manusia lain secara serius?
Peluang yang aku maksudkan di sini adalah peluang untuk mereka berkata sesuka hati dan membenarkan gurauan² kasar dilemparkan. Membiarkan diri dikutuk agar tidak dilabel sebagai 'tidak sporting'. Tetapi memang dah menjadi lumrah manusia terutamanya mereka² yang diistilah sebagai keji (pinjam wording eves) tidak cukup dengan sedikit dan menginginkan lebih dalam setiap yang mereka miliki. Aku rasa emosi setiap manusia ni umpama spring yang ada hadnya ia ditekan dan apabila ia telah habis ditekan, ia akan menganjal kembali kepada yang menolak apabila terlepas.
Hmm...itu lah apa yang berlaku pada aku beberapa hari yang lepas. Kalau tak, takkan sebut, ye tak? Mereka menggunakan apa yang mereka 'miliki' untuk bergurau kasar (istilah yang paling sesuai adalah mengutuk) apa yang belum aku 'miliki' sehingga aku sukar tidur pada hari tersebut akibat emosi yang teruk dicalari. Hampir saja aku sumbatkan mulut mereka² itu apa saja yang tercapai dek tangan agar mereka tahu yang kata² mereka itu menyakitkan. Aku juga hampir² berdoa supaya apa yang mereka 'miliki' tu ditarik balik kerana mereka seperti terlalu berbangga dengan apa yang telah mereka 'miliki' itu. Alhamdulillah, kerana 'spring' itu berjaya di kawal dan tidak menganjal ke lonjakan maksima. Kalau tak, ada kemungkinan muka aku adalah antara muka yang terpapar di muka hadapan Metro semlm. Semoga Allah terus memberikan aku ketabahan dan kesabaran menghadapai makhluk² tuhan seperti ini!

7 comments:

Unknown said...

kadang2 ni manusia lupa apa yang diaorang tak miliki sebelum 'memiliki'..tinggi sangat ke darjat diaorang tu? memang keji kalau tak tahu bersyukur..aku pulak yang emo..ehe..sabar..sabar..

artakus said...

thanks kaff, you are really helpful! :)

malkomal said...

hah sape yg kejji tu halim?? eksen x hingat ke tu.. apa diorg ingat diorg ckup bagusss.. ehehe aku plak lebih2.. tapi mmg cenggitu la sstgh org yg xsensitif ni.. ingt diri sendirik je.. prasan best.. dah dah ko buat bodo sua..

Nanie Harris said...

Kesian kau...aku bersimpati...klu aku slh seorg yg slalu bergurau kasar ngan kau...aku mntk maaf...kdg2 kita x sangka yg kita ni melukakan hati org lain...bersabarlah...

Ahmad said...

ehhh.. ko cerita pasal aku dan PSP aku ker? :p

hehehhehehehe.. alooohhh.. relaxlah... kalau dorang2 sume jadi setan, takkan kita nak jadi Iblis?

i think u understand what i am trying to say, right?

asuhara sue said...

keskeskes..
beb ko plak yg marah ehh?
mmg cenggitu ler perasaannya, tapi kalau kita pun sama 'melompat' mcm diorang, so sama jek la ko dgn org yang telah kau terbayang makan tangan ko tuh!

p/s: citer lompat2 tingat plak game mario bros DS aku!

artakus said...

eves: thanks kerana bersama² emo, hehehe

reds: so, far mcm tak de. lu ok beb! :)

gunblade: bukan pasal PSP daa..and thanks, hehehehe

asuhara: waaah....sue citer pasal game? mcm tak caya je. :p