Keadaan tengkuk semakin pulih. Makan masa gak nak baik. Apa pun, alhamdulillah kerana sakitnya beransur² kurang. Dibuatnya tak baik langsung, terus putus sebarang urat kat tengkuk ni, dah tak sempat nak taubat! Huhuhuhu, terima kasih Ya Allah, kerana memberi aku peluang untuk mencari keredhaanmu (Ceewaaaah!).
Semalam merupakan hari rehat seJohor. Jadik dapat la aku melelapkan mata sampai susah nak bangun. Actually istilah yang lebih sesuai adalah 'membadak'. Memang bajet nak tido je pun. Balik dari cafe (kijer part time aku), buat ape yang patut, terus layan FFXII. Dah lama rasenya aku tinggalkan my princess Ashe, rindu plak. Hehehehe (there's goes my pervert-like feeling again, hehehehe). Tak de la lama mana pun, baru 3-4 hari lepas layan game tu, kat kampung. Layan pun tak berapa lama, dalam pukul 3 pagi baru masuk tido. Tu pun dah berapa kali tersengguk² kat depan tv. Hmm.....badan dah semakin tua. Kalau dulu, sampai subuh pun aku boleh tahan.
My lovely princess Ashelia B'Nargin Dalmasca.
Sedar² jam 10.30 pagi. Tu pun sebab ada sms masuk. Kalau tak, boleh sampai zohor. Looor.....terlepas pulak subuh. Hmmm....ape nak jadik la dengan aku nih. Dah tua² pun susah nak bangun subuh. Bertambah lagi la hutang yang ada.
Solat ni bukan boleh tinggal² main terus lupa jek. Sebagai lelaki, tak de istilah 'cuti' dalam solat ni. Mana yang tertinggal samada sengaja atau tidak, wajib kena bayar. Samada secara ansuran atau 'cash'. Kalau tak silap, solat adalah antara perkara pertama yang akan disoal nanti. Dalam rukun Islam pun, solat merupakan perkara yang wajib ditunaikan sebaik sahaja seseorang tu memeluk Islam. Untuk yang memang lahir sebagai muslim pulak, umur 7 tahun dah digesa untuk mula solat, bukan baru nak mula belajar! Bila dah 10 tahun, terus kena rotan kalau tak solat. Kalau aku ni, bukan tahap rotan, memang tahap kena pukul pakai besi panas. baru la beringat. Hutang yang lepas² banyak pulak tu. Hutang masa zaman² 'gelap' (dark ages) n masa lupa daratan dulu. Huhuhuhuhu! Adalah dalam berbelas tahun jugak. Ajer giler betul! Hmm....ntah bila la nak mula bayar tuh! Ya Allah....beri lah aku kekuatan!
"Hardly forcing mysel,
I had to accept it all,
And that is really me,
who still not close to Allah...."
Allah is calling : The Zikr
6 comments:
huhuhu...
verily verily.. there is no God but Allah and Muhammad is His Messenger.
Slow2 kayuh lah bro.. solat tuh kan amatlah berat, kecuali bagi mereka yang beriman..
ohhh belum habeh lagi kaa itu princess ashe punya adventure? kasik abeh cepat2... :p
cheh tak habih2 dgn ps dia
gunblade: tak abih lagi la beb, nak kasik carik semua weapon! Biasa la, im as freak as u at FF. :p
asuhara: well....that's my life bebeh. ataih ps, bawah moral. hehehehe
boleh ajar pendidikan moral form 5 tak? ehe
hey HEY!!!
PlayStation it THE INVENTION MANKIND HAS BEEN WAITING FOR!
muahahahaha.. tu belum tengok kami dapat PlayStation 3, confirm aku dengan halim amik cuti 5 bulan..
kaff: tak boleh la beb, coz aku pun tgh belajar lagik: :p
gunblade: hahahahaha.....almost right bro. up sikit 2 bulan!
Post a Comment