Hari ini (16 Sya'aban 1429 / 18 Ogos 2008) aku masuk lewat. Bukan sebab terlewat bangun atau masalah kesihatan. Tetapi kerana rancangan yang direncana tidak berjaya dilaksana. Positif...positif.....jgn fikir yang negatif! Mengikut perancangannya aku akan menumpang kawan aku balik ke Johor Bahru pada petang semlm selepas maghrib. Sedang dalam bilik air, terdengar mak aku menjerit memberitahu yang ada call. Aku meng'iya'kannya sahaja. Dalam hati berkata, tak pe....jap lagi aku call balik. Mungkin Hanapi, rakan yang telah berjanji untuk menumpangkan aku balik ke JB. Selesai mandi, terus ke ruang tamu dan masih kedengaran telefon bimbit aku terus berdering. Lantas ku angkat, sah Hanapi!
Panggilan pada maghrib itu, sedikit mengecewakan aku. Aku sangka, panggilan tersebut memberitahu yang dia sudah dalam perjalanan untuk ke rumah aku. Sangkaan ku meleset kerana panggilan tersebut untuk memberitahu yang dia tidak dapat balik pada hari yang dijanjikan kerana mendapat panggilan kecemasan dari kampungnya (Parit Yob) memberitahu yang ayahnya dimasukkan ke hospital. Kesiaaaaan.....! Dalam keadaan diri yang keciwa, lupa pulak nak bertanya tentang sakit ayahnya itu. Balik esok la nampakanya. Perasaan kecewa yang meluap² cuba aku injak² dengan perasaan kesian pada Hanapi dan fakta "ni semua kerja Allah"! What did i mean bukan aku menyalahkan Allah, tapi nak memujuk diri bahawa ada hikmahnya aku tak balik pada malam tuh! Tak pe lah, daripada memikirkan kekecewaan, baik aku fikirkan langkah yang harus aku ambil untuk sampai ke JB. Lepas solat maghrib, aku terus ke pekan Pagoh untuk membeli tiket ke JB.
"Pukul 7.45 pagi punye tiket sudah abis adik, pukul 8.30 punye ada banyak lagi" jelas penjual tiket bas yang berbangsa india, merangkap tokey capati kat pekan Pagoh nih. Tanpa banyak soal, terus aku membelinya. Pulang ke rumah, jari terus menekan butang² di telefon bimbit untuk menghantar sms pada bos aku untuk memaklumkan kelewatan aku hadir ke pajabat esoknya. Nak call takut ganggu plak. Hehehehe. Dan malam ni, dapat la aku tido lagi kat kampung sambil 'mendengki' kucing² yang ada kat rumah ni! Hahahaha....siap la korang malam ni! Korang ingat korang dah selamat!? ^_^
Alhamdulillah....aku selamat sampai ke JB hari ni, dan 'sempat' untuk 'thumb in' pada jam 11.37 pagi! Tak sampai tgh hari lagi kan, so...tak yah la amik cuti kot. Hehehehehe!
3 comments:
hahah ngelat sehh!! dah nak tengahari tuh!!!
haaa jaga2... posting sebelum nih ada cerita tentang rejeki halal, betul..
nampaknya gaji bulan nih kene lah sedekah2 lebih sikit kat masjid.. :P
terima kasih gunblade kerana mengingatkan hamba yang selalu lupa ni...huhuhuhu!
Insya Allah, akan ku usahakan cadangan mu itu! :)
sedekah kat tmpt kat selain masjid, boleh kan? ^_^
belanja je kawan-kawan yang kat ungku mohsin..kira sedekah gak tu :P
Post a Comment