Friday, August 15, 2008

Cuti.....

Bermula Isnin depan (16 Sya'aban 1429 / 18 Ogos 2008) cafè tempat aku kijer part time dah mula cuti kerana student UiTM yang menjadi pengunjung setia cafè tersebut telah memulakan cuti semester mereka. Ini bermakna, aku perlu hidup dengan menggunakan duit sendiri (dah tak de makan free) huhuhuhuhu. Seminggu++ plak tu! Dan pendapatan aku pada bulan ni pun akan hilang seminggu! Banyak tuuuuh! Wooo...wooo....wooo!!!
But look at the bright side bro! Bila cuti, ini bermakna aku ada masa lapang pada waktu malam selama seminggu! Aku boleh habiskan masa dengan membuang masa depan PS dan PC, aku boleh keluar dengan kengkawan - merayap n minum dengan diorang, aku boleh rehat puas² supaya tak keletihan esoknya di tempat kerja dan kalau perangai aku tiba² terjadik baik, boleh la baca² kitab suci yang dah lama aku tinggal (tapi harapan agak tipis untuk buat yang last ni >_<).
So...moralnya, every single thing yang berlaku kat kita ada baik dan buruknya! Sebagaimana kata pepatah cina yang dah di'translate'kan ke bahasa omputih;
"Eveything that happen is just like a piece of coin. It's up to u, to look upon which side that u want!"
Ataupun lebih kurang, setiap sesuatu tu ada baik dan buruknya. Terpulang lah pada pada kita samada nak terus tengok pada keburukan atau nak renungkan pulak hikmahnya jika yang berlaku itu sesuatu yang buruk. Senang citer, setiap sesuatu yang berlaku tu memang ada hikmah la! Hehehehe! Dan aku sebagai ummat Islam, memang kena sentiasa berfikiran positif pada apa² juga keadaan yang terjadi. Dan sifat redha mesti lah tersimpul rapi dan terpahat cantik di hati! Cuma....ye lah! Kenkadang tu terlupa, sampai keluar perkataan² yang tak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang muslim. Ampunkan lah hamba Mu ini Ya Allah!
Jadik.....selamat bercuti (malam) lah untuk aku dan juga kepada semua student UiTM cawangan badaraya JB! :)

4 comments:

asuhara sue said...

beb, cuti beb jangan tak cuti...err.tapi p la buat benda lain, benda yg ko x kan buat dalam normal life ko, mesti SYIOOOKKKK neh!

Unknown said...

cuti jangan cuti tapi betul la kata asuhara..buatlah sesuatu yang different..mesti gerek sey :p

artakus said...

asuhara: tolong bagi cadangan kepada sahabatmu yang ketandusan idea ini! huhuhuhu

kaff: gerek suwaaaa....!!!! hehehehe

Ahmad said...

CUTI????

ABEHKAN FF12 LAHHH!!!