Monday, August 25, 2008

Konvo KP

"CONVOCATION (Lat. convocatio, a calling together), an assembly of persons met together in answer to a summons. The term is more usually applied in a restricted sense to assemblies of the clergy or of the graduates of certain universities."

"In some Universities, the term "convocation" refers specifically to the entirety of the alumni of the university, which function as one of the university's representative bodies. Due to its inordinate size, the Convocation will elect a standing committee, which is responsible for making representations concerning the views of the alumni to the university administration."
Di atas adalah beberapa istilah tentang Konvokesyen. Tu je lah yang boleh aku paparkan tentang konvo ni. Penerangan dan sejarahnya, terlalu panjang untuk dinyatakan di sini. Saje je carik sedikit sebanyak maksud konkesyen ni sempena meraikan majlis konvokesyen KPYPJ yang ke 11 pada Sabtu lepas (21 Sya'aban 1429 / 23 Ogos 2008). Try to be as resourceful as kaff kat kedai gula² nya. Tapi.....tak pe la. Let the expert (bab² fakta ni) do the job! hehehehehe.
Terlibat sebagai AJK fizikal jek. Tugas, memasang dan mencabut bunting (pron: banting) serta backdrop. tak susah mana pun. Sehari sebelum majlis, pasang mende alah tu semua. Then bila dah abis majlis, cabut je la balik. Oleh kerana rase mcm sikit, join gak la AJK lain yang mcm memerlukan bantuan. Hehehehehe! Malam sebelum kena bertugas sebagai AJK Fizikal tuh, dapat panggilan rakan untuk membantunya kerana AJK yang disertainya (AJK jubah) kekurangan lelaki dan memerlukan staf tambahan. Rase mcm penat jadik AJK jubah ni. Tapi setelah diterangkan yang tenaga aku diperlukan tak lama. Lebih² pun sampai pukul 9.30 pagi jek, aku pun bersetuju untuk turut serta serta memikirkan sebab kawan² yang mintak tolong. Kalau bos dia, memang aku bagi alasan mcm²! Kwah kwah kwah...jahatnya aku! :p

Kami sampai di Rumah Alumni UTM, lokasi untuk pengambilan jubah dalam pukul 7. Dan pada waktu itu, tak ramai lagi staf selaku AJK yang telah hadir. Sempat gak la balun sepinggan dua nasik goreng Pn. Zue yang digorengnya dengan resepi turun temurunnya tuh. Tempat dah dikemas, cuma tunggu lori yang membawa jubah yang masih dalam perjalanan. Operasi pengagihan bermula sekitar jam 8.30 pagi setelah semua bungkusan² yang berisi jubah diturunkan dari lori dan disusun mengikut saiz kelonggarannya iaitu S untuk 'singkat', M untuk 'mcm ok', L untuk 'labuh' dan XXXL untuk 'labuhnyeee'. (Spesifakasi tersebut tidak terdapat dalam mana² buku panduan ukuran metrik, hanya imaginasi penulis)


Gambar di atas adalah suasana bilik pengambilan jubah di Rumah Alumni UTM. Keadaan agak lengang, dan kelihatan beberapa orang AJK, duduk santai sambil ber'gossip'. Jam pada ketika ini menunjukkan baru je pukul 8 lebih. (ape la yang boss aku buat kat situ?)


Gambar ini pula adalah keadaan bilik pengambilan jubah yang telah mula dipenuhi dengan pelajar² yang 'rakus' dan teruja untuk konvo. :p Walaubagaimanapun keadaan agak terkawal kerana kecekapan para AJK bertugas, walaupun 'polis' (aka'k) yang ditugaskan untuk mengawal keadaan trafik gagal menjalankan tugasnya dengan baik.

Janji pukul 9.30. Oleh kerana kekurangan staf dan akibat leka dengan 'keseronokan' mengagihkan jubah, aku mengakhiri tugas sebagai salah seorang AJK jubah pada jam 11.30. Sebagai penghargaan di atas bantuan kami (aku, kaff dan eizul), En. Ruhi, selaku 'king of jubah' telah menyumbangkan sedikit saguhati kepada kami yang mana saguhati tersebut telah habis kat Tujuh Sebelas (7 Eleven) sebagai penawar keroncong perutku. Huhuhuhuhu....nasik yang diperuntukkan telah habis di makan oleh 'bos²' yang tak bertugas. T_T

Ape pun...aku seronok pada hari sebelum konvo tuh! Dah lama tak kijer dalam keadaan 'enjoy'! :p

8 comments:

Unknown said...

a ah la..seronok betul tahun ni jadi AJK konvo kan..tapi nape aku nampak gemuk dalam gambar..tak boleh jadi ni...huhu

Nanie Harris said...

cam kenal je boss kau tu..tgh ckp2 ngan kaff ttg kau kot...hehe

Kaff: mmg dh gemok rasanya...

asuhara sue said...

konvo eh...teringat 3 x duty konvo KP...

p/s: bila ler aku bleh konvo lagi...thesis x siap2 wehhhh!

artakus said...

kaff: lense fon aku ada prob kot, tu yang nampak mcm kembang sikit. :p

reds: ish....mana ada ngumpat, dia tgh berbincang 'ilmiah' dgn kaff tuh! :p

asuhara: buat sue, jgn tak buat! jgn jadik mcm aku! T_T

Ahmad said...

ohhh konbokasi..

sungguh best...

malangnya diriku ini tidaklah pergi belajar tinggi, so tak merasa perasaan apabila naik pentas, salam dengan someone yang sepatutnya aku kenal, senyum melebar dan turun tangga dengan debaran (sbb takut tersungkap)

aper2 hal.. good job guys...!!

artakus said...

gunblade: sama la dengan aku ni gunblade! cuma dapat merasa kegembiraan orang jek! T_T

malkomal said...

hahaha aku suka la klasifikasi saiz utk jubah2 tu.. skang aku sesuai gunakan istilah tu.. ko xsesuai la halim.. S patutnya sangat singkat.. M patutnya masih singkat.. L untuk Labuh ke?? eh x lah.. hahahaha.. sori la pakcik.. bgurau senda gitu..

artakus said...

ni ape yang ko merepek ni eves? hahahahaha