Tuesday, August 5, 2008

Mcm mane ni....

Muka terasa kembang, badan terasa berat, perut terasa gelebeh. Tu petanda berat aku bertambah! Aduuuh....naik balik berat aku nih! Padahal, tak de la banyak mana aku makan! Macam mana la agaknya aku nak kekalkan berat badan aku ni. Hari tu rase mcm dah turun sikit. Tapi tu la, masa rase turun hari tu disebabkan banyak aktiviti² yang merangsang pengeluaran peluh (fuh skemanya ayat!). Lagipun masa tu aku ada banyak masa, sebab cafe tempat aku kijer part time ni bercuti. Jadik, dapat la buat aktiviti berpeluh² ni. Tapi sekarang ni, masa makin kurang. Hajat hati nak bangun pagi² buat sedikit aktiviti. Tapi tak mampu.
Tapi bukan aku sorang je yang bergelut dengan masalah berat badan ni kan. Ramai lagi kat luar sana tuh. Bukan ape, bila badan ni mengembang, pergerakan agak terbatas. nak beribadat pun mcm kurang selesa. Dari segi penampilan, jgn ckp la!
Masing² dengan masalah sendiri. If im striving to lose weight, (tak striving mana pun!), kawan aku pulak, berhempas pulas nak tambah berat badan! Pelik kan? Pada aku, tak de masalah mana pun nak naik kan berat badan ni! Makan, tido....confirm naik! Hahahaha! (ketawa jahat) Sedangkan dia, kalau hilang fokus pada pemakanan, berat badan boleh jatuh. Berlainan dengan aku, hilang 'fokus' pada pemakanan, berat badan membuak² naik! Hehehehe! Cuba mintak petua dari dia. Tapi mcm tak membantu jek.
Ada gak kawan suruh amalkan yoga, tapi mcm tak berapa minat jek (sori ek! :p). Berdasarkan kepada artikel² yang aku pernah baca, pengurusan berat ni banyak bergantung pada ketabahan diri sendiri. Hmm....kena bina ketabahan diri dulu ni baru boleh maintain berat. Gambatte to me! T_T

7 comments:

malkomal said...

ko g balik keje jogging jek tetiap ari.. pastu ko praktis kaco doggie yang berkeliaran kat area ypj tu.. confirm nanti ko kurang kembang.. hehehe..

Unknown said...

jaga pemakanan dan exercise regularly..tu jelah rahsia yang semua orang tahu untuk jaga badan kalau tak mampu nak buat liposuction..kui kui..jgn marah..tak lama lagi puasa..turun la tu nanti...kau kena fokus takleh makan banyak dengan tidak menurutkan nafsu serakah makan :p..berat badan aku pun dah naik nak nasihatkan orang konon..keskeskes..ganbate nee...

artakus said...

eves: waaah...kacau 'doggie' ek! hehehehe.

kaff: walaupun badan ko naik, ko tetap anggun! :p

Nanie Harris said...

kalaulah blh didermakan lemak2 berlebihan tu untuk dijual kemana2, aku syorkan buat benda tu... :)

Uncle Bourne said...

artakus kus...kus. mcm panggil kucing lak...jgn mare.. aku pelik lak jap kang badan aku beratnya 53kg...pastu naik 55kg...bila timbang semula 54kg...muskil gak..makan ikut time 6 X sehari

asuhara sue said...

beb, setahun aku balik dari utm jalan kaki dari chesire home tu sampai umah, berat turun byk kilo...ko try lah..gambatte neh!

artakus said...

well....ok gak la tu, tak de la jauh sgt uncle bourne. at least, masih tak termasuk dalam obesiti! tak mcm gue nih, huhuhuhu! :p