Tuesday, September 23, 2008

Berbukeee.......

Pada Jumaat yang lepas (19 Ramadhan 1429 / 19 September 2008), syarikat tempat aku bekerja telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa di JB Katering, Taman Tasik Merdeka, JB. Majlis khatam yang diadakan di Dewan Kolej Islam tersebut bermula seawal 2.30 petang dengan bacaan surah² lazim bermula dari surah Ad Dhuha hingga lah surah An Nass.
Cuba untuk menumpukan perhatian pada majlis tersebut, tetapi beberapa bahagian pada tubuh badan ni agak kurang mengizinkan. Pinggang terasa sengal², kaki terasa lenguh² akibat bersila lebih dari setengah jam. Akibat dari itu, rase boring terus hinggap di hati. Di tambah dengan bacaan ustaz yang mengetuai majlis khatam tersebut membacanya dengan taranum ala² naib juara rancangan Akademi Al-Quran musim ke2. Akibat dari itu, aku dengan secara tidak sengaja cuba mencari alternatif lain untuk meredakan perasaan boaring tersebut. Dan antara alternatif yang dilakukan telah menjadi sasaran lensa kawan aku, en Reds yang ditugaskan sebagai jurufoto pada petang tuh.



Antara alternatif yang dilakukan adalah dengan mencari pasal dengan kawan di sebelah yang pada pengamatan aku, perasaan boring yang ada pada aku dah mula berjangkit kat dia pulak. Ist...ist...ist....kalau aku tau aku sedang diperhatikan, tak kan aku cari pasal dengan kawan sebelah aku. Nasib baik 'alternatif²' yang lebih menjolok mata tak sempat dirakam. Hehehehehe!
Majlis khatam Al Quran tersebut berakhir sekitar jam 5. Majlis bersurai selepas sedikit kata² hikmah dari CEO kami dan penyampaian saguhati setiap staf di KPYPJ. Fuh, aku rase....ni la raya paling best aku kat sini. Tak pernah² aku dapat ang-pow, tahun ni boleh dapat pulak, caya lah Dr.! Hehehehehe!
Setelah selesai majlis khatam tersebut, dan selepas bersiap ala² pakaian lapisan veteren tak sedar diri nak ke kelab dangdut, aku terus menumpang kereta kawan yang aku carik pasal masa kat majlis khatam Al Quran tadi untuk ke JB Katering. Dan kami tiba di sana dalam lingkungan 6.30 petang dan.....pergh.....orang dah mula membanjiri kawasan tersebut. Selepas 'check-in', group aku terus menuju ke meja yang telah ditempah. Belum sempat kerusi kami hangat, lantas terus ke meja² hidangan yang sarat dengan pelbagai juadah berbuka pose. Citer banyak tak payah, memang penuh la satu meja tu dengan makanan untuk 7 orang sehingga digelar oleh En. Reds 'team kuat makan'. Lantak la orang nak kata ape ye tak! Hehehehehe!

Kami pulang setelah seluar gagal di kancing (aku je la kot). Dan dalam perjalanan pulang, perut mula memulas, macam ada beberapa ekor kambing berkejar²an kat dalam perut nih! Adoiiiih...!!! Ape aje lah yang menjadikan perut aku sedemikian?

Yang penting ni je lah majlis berbuka yang meriah untuk aku tahun ni! (BTW this is the only majlis berbuka pose aku secara berjemaah di luar....huhuhuhuhu!)

4 comments:

asuhara sue said...

weh aku balik nanti jom buka bejemaah skali jom?apakata kita hit rumah eves?ko p pujuk mas ayu tu!

natsukashinaaa...time kita buka kat mc d ramai2 doluuu...kat sini x de pongggg!huhuhu

Nanie Harris said...

Gmbr2 yg lain x dpt dipost sbb terlalu mesra...hehe

Anyway semoga team kalian dpt mengekalkan gelaran 'kuat makan' pd ramadhan tahun depan...adios!

malkomal said...

wahahaha.. halim dapat saguhatiii.. wahhh.. baguslah skang ni xmcm dolu2 lagi kan..

amboi nak hit my house ka.. xde hal.. bgtau awal beb.. kang berebut acara ngn my danda lak..

artakus said...

asuhara: huhuhu...sori la sue. tak dapat nak join.
tahun ni mcD ni sini pun tak buat. rugi kot, kita datang tahun lepas!

reds: woi, jgn la ckp kuat²! :p
kalau ada lagi tahun depan, kami akan berusaha mengekalkannya! ^_^

eves: ada la sikit...nak sikit ke eves? :p
kalau aku jadik buka dengan sue, memang aku serbu rumah ko! hahaha!