"Aduuuuh.....sakitnya dada n perut aku nih!"
Pagi Ahad (28 Ramadhan 1429 / 28 September 2008) yang disangka menjadi hari yang indah untuk permulaan minggu di kampung di dalam mood beraya agak meleset. Pagi itu aku tersedar akibat kepayahan bernafas. Setiap nafas yang dihela, seperti membawa masuk beribu² jarum tajam mencucuk² perut dan dada di bahagian kanan tubuh. Emak aku cuba mengurut² bahagian yang sakit. Angin! Kata mak aku. Malah aku pun berpendapat sedemikian. Sejak dari malam tadi, perut memulas² setelah beberapa jam berbuka dengan laksa singapura di Laksa Shack, Sutera Mall bersama rakan². Dan dalam perjalanan balik dari JB ke Muar juga dirasa begitu perit perut ini dan beberapa titik peluh yang tak dikenalpasti jantinanya mengalir akibat menahan sakit. Terbayang berbagai haiwan berlari dengan kegembiraan yang teramat di dalam perut ini. Kambing, lembu, kuda dan tak ketinggalan beberapa ekor gajah terbayang di benak setiap kali sakitnya menggila.
Setelah usaha emak aku gagal, dan sakit di bahagian yang pedih tadi terus menikam² setiap kali oksigen cuba dibekalkan ke paru², adik aku pantas dipanggil untuk dibawa berurut kepada yang lebih pro. Kereta ayah aku dikeluarkan, dan aku dengan bersusah payah cuba masuk ke kereta. Perjalanan yang biasanya pendek dirasakan begitu jauh sekali. Namun aku cuba menahan dengan menyedut udara sesedikit yang boleh bagi mengurangkan kadar kesakitan.
Dari jauh, kelihatan perkarangan rumah bakal aku berurut tersebut telah diisi dengan beberapa biji kereta yang mana aku kira telah lama sampai yang jelasnya bukan dari kalangan warga tempatan yang berhajat untuk berubat dengan pakar perubatan tradisional, yang berada di rumah yang sama. Kelihatan dua tiga buah keluarga juga telah lama menunggu giliran mereka untuk diubati apabila aku melangkah masuk ke rumah tersebut. Mujur aku hanya berurut dan orang yang mengurut dan orang mengubat adalah yang berbeza.
Setelah dimaklumkan, aku menunggu di ruang tamu bersama adik aku. Setelah menunggu hampir 15 minit, aku dipanggil. Situasi diterangkan, dan beliau lantas mengurut seluruh badan aku. Setelah lebih setengah jam, alhamdulillah....sakit di bahagian yang dirasakan dipenuhi dengan angin tadi telah lega. Namun sedikit kelainan aku rasakan berlaku. Aku mula merasakan tubuh aku mula hangat. Hangat yang kurasakan satu permulaan kepada demam yang akan aku terima hari ni, dan tak tahu bila akan sembuhnya. Cuma aku harap agar demam tersebut kebah sebelum tibanya Syawal nanti.
Sangkaan aku tepat, aku mula demam pada tgh hari tu. Cuma harapan aku agar demam tersebut tak berlarutan hingga hari raya tidak termakbul. aku demam hingga hari raya ke 2. Dengan erti kata demam yang agak teruk. Demam mula reda pada hari raya ke 2. Oleh kerana disangka demam dah beransur sembuh, aku menerima ajakan keluarga untuk beraya di kampun sebelah mak aku. Dan hasil dari itu, kepala aku pula diserang migrain yang teramat.
Jika sebelum ini dirasakan langsir yang bergeser dengan rambut bagai menarik bersama kulit² kepala ini, kini ia terasa berdenyut bagai ada hidupan di dalam kepala memukul dinding tengkorak dan cuba untuk menerobos keluar dari tempurung kepala. Sakit tersebut berlarutan hingga keesokan harinya (Sabtu, 4 Syawal 1429 / 4 Oktober 2008). Oleh kerana sakit yang lambat daya sembuhannya, ayah aku membwa aku ke hospital pada malamnya. Satu suntikan diberi di lengan kanan setelah beberapa nasihat diberi oleh doktor yang bertugas pada malam tu. 3 jenis ubat juga turut dibekalkan bersama sebagai 'pencuci mulut'.
Alhamdulillah....setelah seminggu aku menerima kifarah Allah, aku sembuh pada minggu berikutnya. Dan Alhamdulillah juga kerana sakit ini sembuh di dalam lingkungan waktu yang telah 'diperuntukkan' dan tidak melebihi dari cuti yang telah aku pohon. Ape pun, ini lah pertama kali aku beraya sebagai orang sakit. Dan berbagai² bayangan menghantui aku semasa aku berada di dalam keadaan tenat akibat demam, migrain dan sakit² lain yang datang dengan bersilih ganti. Semua bayangan itu adalah dosa² aku di masa lampu yang aku kenangkan, dan terfikir adakah sempat aku memohon kemaafan kepada semua insan yang telah aku dosai. Terutamanya kepada kepada kedua orang tua aku!
Di kesempatan ini, aku memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog aku ini, terutamanya yang mengenali diri secara dekat atau pun jauh kerana kerap kali kesalahan dan kesilapan dilakukan secara sengaja atau pun tidak. Dan aku rasa masih tidak lagi terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua!
7 comments:
Itu semua dugaan...aku baru bbrp jam yg lepas baru sampai dr kg ke rmh di jb...sampai2 je kaki tersepak meja tv..ibu jari sampai pecah berdarah, sakitnya x terkata...x taulah apa maksudnya....
Slmt hari raya & maaf zahir batin juga...
dahsyat juga ye sakit en.artakus tu..mujur dah sembuh..pasti ada hikmahnya...selamat hari raya maaf zahir batin
tu kempunan x bebuka pose dgn aku tak?ehehehehe...slamat hari raya, maaf zahir batin lim!
Ko sakit ape, lim? Teruk beno bunyinya..Apa pun ingatlah Allah sayang pada hambanya yang sedang sakit. Doa kami dari kejauhan ini, semoga ko dilindungi Allah sentiasa...Salam Eidul Fitri Minal Aidin Wal Faizin
reds: haah, betul tuh! dan semoga kaki ko cepat sembuh!
kaff: boleh la tahan. ni la 1st kena demam masa raya! huhuhuhu
asuhara: mungkin jugak la sue! hehehehe. selamat hari raya juge!
iman: demam la. teruk plak tu! terima kasih atas doa, n selamat hari raya juga. moga selamat ko kat Doha tuh! kirim awek Doha satu! :p
sabolah halim...mungkin ini ujian utk melihat ketabahan ko....
mia: terima kasih atas kata² perangsang tuh! T_T
Post a Comment