Tuesday, October 14, 2008

Siapa.....?

"Kenape dengan dia? Teruk benar moodnya"
"Isteri dia period!"
"Hai.....isteri period, suami yang bad mood?"
"Sebab dia 'bajet' isteri dia mengandung bulan ni!"
"Hoh, kan dia baru je kahwin, dan sampai begitu tinggi harapan!"
"Ntah lah!"
Aku terus mengomel dalam hati.....siapa yang dia marah sebenarnya? Aku cuba membongkar kembali salah satu kisah sufi yang pernah aku baca......
____________________
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi r.h telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.
Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:
"Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?"
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT
____________________
Jadik......kepada siapa yang 'kawan' saya 'bad mood' kan atau marah tuh? Renung² kan, dan selamat beramal! Hehehehehe!

5 comments:

Nanie Harris said...

Kita perlu belajar bersyukur dgn apa yang kita ada...& menerima apa sahaja dugaan dr-Nya seadanya...Hidup mmg x seindah yg kita mimpikan...

Unknown said...

bagusla citernya..penuh pengajaran

asuhara sue said...

bersangka baik itu adalah ajaran Islam, sabar itu separuh daripada iman....(mcm usatazah plak aku rasa, hik!)

artakus said...

reds: betul, betul, bwtul! (nada upin n ipin)

kaff: ahli sufi punyer citer memangh best, cuma kita jarang dapat kaitkan dengan kehidupan. :)

asuhara: terima kasih ustazah! ^_^

malkomal said...

sangat mendalam dan sangat benar.. time kasih mt.artakus..