Wednesday, October 29, 2008

Syawal yang pergi.....

Rabu, 29 Syawal 1429 H, merupakan hari terakhir bulan Syawal untuk tahun nih berdasarkan pada kalendar. Nampaknya, memang tak tertunailah hajat aku. Hmmm.....sibuk dengan open house dan berbagai lagi jenis 'terbuka', sampai tak terlaksana apa yang dirancang. (Bunyik mcm alasan jek ^_^)
Setengah orang suka Syawal ni habis, setengah orang pulak sedih Syawal ni berakhir, setengah orang pulak, tak de rase ape². Banyak faktor yang mempengaruhi perasaan apabila Syawal berlalu. Yang sedih, mungkin dah tak de lagi open house lepas ni. Yang suka pulak....mungkin diri dia terlepas dari buat rumah terbuka. (Hehehehe....bunyi mcm kedekut jek).
Meminjam statement kawan aku (jgn marah ye), dia rase selesa bila Syawal berakhir, kerana Syawal agak merimaskan dengan jemputan rumah terbuka di sana sini. Mungkin ada juga betulnya. Dan pada aku pula, Syawal merupakan bulan yang sukar untuk berdiet (walaupun aku bukan pendiet, betul tak tipu). Perut sentiasa je penuh dan sarat dengan makanan yang sedap². Jadi.....aku juga mungkin antara orang yang berasa sedikit selesa dengan berakhirnya Syawal nih tetapi dengan alasan yang berbeza.
Walau apa jua perasaan kita untuk meninggalkan Syawal, pastikan kita terus berharap agar dapat berjumpa lagi Ramadhan pada tahun hadapan. Kerana itu lah bulan yang sepatutnya kita tunggu, nanti dan rindui!

7 comments:

Unknown said...

boleh buat tajuk lagu tu..'syawal yang pergi' :p

Nanie Harris said...

bg aku syawal ni cam bulan yg paling byk habiskan duit...huhu

mia said...

alhamdullillah...dpt gaks wat puasa di bulan syawal(bukan nak riak)..bermulalah diet setelah sebulan memenuhi byk undangan yg bukan setakat rumah terbuka,mjlis pkahwinan pun tak terlepas...

asuhara sue said...

open house hari2 pun x suka ke? bukankah makan free dan mengeratkan tali persaudaraan tu.... isk2

artakus said...

kaff: nanti aku cuba propose pada Pak Ngah! :p

reds: hehehehe.....ye ke? lepas ni kena pose la. :)

mia: alhamdulillah...teruskan usaha! ^_^

asuhara: bunyik macam marah je incik sue. >_<

anief said...

masing2...punyer pengertian dan pemahaman sendiri berkaitan syawal or apa sahaja. Namun setiap darinya pasti ada yg kiter suka or tak suka. Samala ada pro n kontra terhadap sesuatu. Tapi kalau sebut pasal raya mesti sesuatu yg best kan....

artakus said...

anief: batul lah en. anief! (memang sentiasa memberi komen yang memberangsangkan!) :p