Semalam (26 Sya'aban 1429 / 28 Ogos 2008) aku bercuti. Asalnya nak dok rumah tido sampai pengsan. Bila berkira² pada malam sebelumnya, rasenya mcm ada beberapa perkara yang perlu dibuat. Daripada dibiarkan cuti berlalu pergi dengan sia² atas katil, baik dilaksanakan beberapa tugas yang boleh diselesaikan masa cuti nih. Perancangan dibuat, beli obat kat sentosa - pos obat kat u. mohsin - renew lesen - jual tin - ke KP hantar 'barang' - bank-in duit - basuh keta - balik rumah sambung tido! >_<.
Waaaahhh....mcm banyak je yang nak kena buat! Tapi dalam banyak² tu, hanya beberapa je dapat diselesaikan. Yang lain, tak dapat dibuat disebabkan anasir² luaran dan anasir² dalaman. Antara yang aku geram bila tak dapat buat, ialah tak dapat nak renew lesen! Tiba² pulak server down! Waarrghh....nape la bila aku nak jadik rajin untuk renew lesen server boleh down pulak! Tak po eh....nak buek mcm mano! Tunggu la esok kot. Itu pun kalau rajin, kalau tak....minggu depan la jawabnya! Hehehehehe.
Esok aku balik kampung, Pagoh, Muar. Atau lebih spesifik....Olak Sepam! Yuhooo...! Harap² air sungai ok la hendaknya! Boleh aku berendam dengan anak² sedare aku! Itu pun kalau abang aku jadik balik. Kalau tak, kesian kat mak aku, kempunan lagi la nak 'bergumpal' dengan cucu²nya! :p Minggu depan pulak dah mula pose. Hoh, dah setahun aku dah tinggalkan Ramadhan. Kejap jek kan? Hehehehe. Macam mane la dengan Ramadhan aku kali ni? Harap² jangan la mcm tahun lepas. I mean...harap² la lagi baik! Boleh solat terawikh, boleh khatamkan Al-Quran, tak tengok yang 'bukan²' dan tak nak banyak tido (boleh ke?). Nak jumpa 'kekasih' yang satu ni setahun sekali jek! Kalau dah terlepas, tak sure boleh jumpa lagi tak tahun depan. Sebagaimana dialog Gunblade dalam blog orang jahatnya. Sungguh bermakna dan mendalam. Hati disentuh dengan beberapa jenis rase bagai makan siakap 13 rase yang di masak oleh chef ehem²! Kepada semua pembaca blog aku ni, diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna! ♫Ku mengharapkan Ramadhan, kali ini penuh makna,
agar dapat ku tempuhi dengan sempurna♫
(Harapan Ramadhan - Raihan & Manbai)
5 comments:
Kita semua mengharapkan ramadhan yg kini menjadi yg terbaik...
chef ehem ehem?? semoga ramadhan menghadirkan cahaya kemuliaan ke dalam diri kita semua...
selamat bpose jugak.. dia nk dtg sebulan nih.. jaga dia bebaik tau.. :D
waa...tu lagu puasa peberet aku tu!
pose ke hari ni?( eh soalan tak matang tu ek)...err...terawikh berapa rakaat semalam? >__<
reds: sama la dengan cek naaa...
kaff: hehehehe...well, u know! :p
php: baiiiiik.....!
sue: pose la sue (nak jawab gak soalan tuh!) Hehehehe...sebagai permulaan buat 8 jek! >_<
Post a Comment