Beberapa hari dalam minggu ni, aku kerap mendengar keluhan dari kengkawan aku yang agak letih berkerja dalam keadaan tak selesa akibat ketidak lancaran dan ketidak telusan yang berlaku dalam syarikat. Alhamdulillah kerana minggu aku tak berapa sibuk dengan kerja seharian dan agak selesa daripada sebarang tekanan, jadi dapat lah meluangkan masa mendengar luahan rasa yang terpendam dari kawan².
Walaupun aku hanya pendengar sahaja, ianya sudah cukup menyakitkan hati dan membebankan minda. Belum lagi mengalami masalah tu seperti kengkawan aku tu. Aku juga pernah menghadapi situasi yang hampir sama, cuma tidak sekronik citer kengkawan aku. Kenape la manusia ni mcm tu? (merujuk kepada manusia yang menyusahkan, bukan kawan aku) Memang la Allah jadikan manusia ni dengan variasi yang pelbagai dari sudut fizikal mahupun mental. Tapi tak boleh ke kalau hidup tu tak menyusahkan orang lain? (Nada yang beremosi, memang tengah beremosi pun nih....geram!)
Lagi la menjadi² bila manusia² ni mula berada di kasta yang hampir atau telah berada di 'puncak'. (tak semua) Mudah sangat mereka lupa diri, sombong, macam hidup nak menongkat langit, macam tak de hari pembalasan dan lain² lagi yang seumpama dengannya. Kawan aku tu pulak nak buat kijer dia. Bukan nak berpoya² atau berpeleseran macam ada sesetengah lagi pihak yang lain. Cuba la faham akan kesusahan mereka² yang bekerja bersungguh² dan yang berusaha untuk mencari rezeki yang halal! Waaaaargh.......(banyak lagi nak cakap - taip, tapi hanya mampu menjerit dalam bentuk perkataan jek!)
p/s: Maaf dipinta kepada mereka yang membaca blog aku ni kerana episod kali ini, luahan rase disertai dengan nafsu ammarah dan sifat mazmumah yang tak mampu ditahan! Kemaafan sekali lagi dipohon! >_<
7 comments:
sabolah...itulah dinamakan MANUSIA...kite sendri kengkadang tanpe sedar mengecewakan hati manusia lain...sikap lupe diri,tamak dan yg seangkatan dgnnyer adelah lumrah bile manusia itu tdk teguh imannye(cam lah aku nie teguh iman hehehe...) inilah
warna-warna kehidupan...mghadapi ketensionan mbuat kite semakin matang dan dewasa....
Manusia memang mudah lupa dan tak sedar diri. Tapi kalau takde orang macamni, tak teruji ketabahan, ketabahan dan keikhlasan kita sebagai pekerja.
As-Sobru Nisfu Minal Iman...("Iman" plak sebahagian dari "Sabar") ;)
....atau mungkin kita sendiri yg lemah untuk menerima apa yg manusia-manusia itu lakukan...cobaan...
eishh syarikat tmpt ko bekerja itu ke?? aku paham apa yg diorg rasa sbb dulu aku pun pernah rasa.. hehee.. sabo en artakus..
mia: time kasih en mia
kaff: betul jugak tu kaff
iman: ye betul en iman
reds: bunyi macam ko pun kena sama je en. reds?
eves: ko pun pernah kijer kat sini kan eves. so...mesti ko pun tau! hehehe
iman: hahahaha....aku baru perasan maksud ko! memang iman sebahagian dari sabar, bapaknya! :p
Post a Comment