"Aku ada masalah sikit ni"
"Masalah apanya pulak?"
"Boleh tak kita balik kampung awal sikit hari ni? Mak aku call, anak aku sakit pulak."
"Awal? Pukul berapa awalnya tuh?"
"Lepas jumaat!"
"Hah? Aku ada kijer la.....lagipun ko tak kijer ke hape petang ni?"
"Tu la. Aku boleh setel. Ko pulak mcm mane?"
Aku terdiam untuk beberapa ketika!
"Nanti aku call ko balik la!"
Gagang telefon diletak. Buntu seketika. Aku tersepit antara kijer, kawan dan keluarga. Aku perlu balik, kerana telah berjanji dengan mak untuk pulang. Aku perlu teruskan kijer kerana tertakluk dengan terma dan syarat. Dan kawan.....hmm...kenapa lah jadik macam ni? Sekali lagi, akidah dan keimanan aku kepada Qada' dan Qadar diuji.
"Hmmmmm........!!!"
Satu keluhan dilepaskan. Membuat keputusan. Satu kemahiran yang aku gagal kuasai! Walaubagaimanapun, keputusan perlu dibuat!
3 comments:
Dipersimpangan dilemma....
mmg dlm hidup kita akan mengalami situasi sukar begini...
klu aku mmg slalu dpt situasi camni...Tuhan sayang kat aku rasanya...
Wallahualam...
apa keputusan kau beb?
reds: ni yang rasa nak nyanyi lagu nora nih! :p
asuhara: hahahahaha.....malu pulak aku nak sebut! :p
Post a Comment