Satu hari seorang murid (tua) bertanya kepada cikgunya.
"Ustaz, ustaaaz....kenapa jiran saya tu tak sembahyang, tak puasa, pergi clubbing...macam² lagi la benda salah dan maksiat dia buat. tapi hidup dia senang lenang, rezeki melimpah ruah, ada je mende yang senang datang pada dia. Sedangkan saya ni, ikut apa yang Islam suruh dan tinggalkan apa yang dilarang, tapi hidup cukup² makan jek. Tak dapat pun nak senang lenang dan kaya raya macam diorang!"
Maka di jawab oleh ustaz itu dengan memandang tepat ke mata anak murid tadi:"Itu adalah istidraj. Dan ingat lah firman Allah yang bermaksud bahawa dunia ini adalah syurga untuk orang² kafir!"
Maka tenang lah hati anak murid tadi kerana dia tahu yang dunia ini bukan untuknya.
Istidraj : Nikmat Allah yang diberi dengan rasa benci dan menyampah. Diberikan oleh Allah semata² untuk menambah kesesatan kepada penerimanya.