Thursday, November 13, 2008

Analogi.....

Jasmani
Makanan : Nasi, Sayur, Buah....
Senaman : Yoga, Jog, Gym.....
Ubat : Panadol, Pil Chik it tek on, Minyak yu yi cap limau....
Rohani
Makanan : Solat, Zikir, Baca Quran....
Senaman : Tayar Pancit, Duit Hilang, Kena Aniaya.....(Ujian)
Ubat : Taubat
Teringat pesanan ustaz aku masa sekolah menengah dulu. Kata beliau, untuk menjadikan badan kita bertenaga agar dapat melakukan tugas² seharian, kita perlu makan. Ada tika masanya kita tak lalu atau berselera untuk makan. Apabila timbul gejala sedemikian, ia menunjukkan yang kesihatan badan kita terganggu dan kita mungkin boleh jatuh sakit.
Begitu juga dengan rohani kita. Rohani kita perlukan makanan untuk meneruskan penghambaannya kepada Tuhan. Dan antara ciri² rohani yang sakit, apabila ianya tak de selera untuk 'makan'. Dan makanan untuk rohani adalah seperti yang telah aku nyatakan di atas. Apabila kita susah, sukar dan tegar untuk melakukan ibadah, itu bermaksud rohani kita sakit dan memerlukan kepada ubat. Dan ubat untuk rohani adalah kita perlu muhasabah diri dan banyakkan bertaubat kepada Yang Maha Pengampun.
Cuma analogi yang kedua tu (senaman) aku yang terfikir sendiri. Jika kita hendak memastikan tubuh badan kita fit, cantik dan lasak, kita memerlukan kepada senaman dan latihan fizikal untuk menjadikannya mantap dan cergas. Apabila badan kita dibiasakan dengan bersenam dan latihan, ianya tidak mudah untuk jatuh sakit.
Bagitu juga dengan rohani. Ujian yang datang merupakan 'senaman' dan 'latihan' yang dikurniakan untuk mencergaskan rohani kita dan menguji sejauh mana 'kecergasan' dan kemantapan rohani yang telah kita beri 'makan' tadi. Sekiranya kita sabar dalam menjalani aktiviti 'senaman' untuk rohani, insya Allah, rohani kita akan menjadi lebih sihat, mantap dan tak mudah untuk kena 'penyakit'.
Berbeza dengan senaman jasmani yang telah kita rancang untuk melakukannya, senaman rohani tidak kita rancang dan ketahui bila kita akan menerimanya. Yang Maha Pemberilah yang telah menyediakan jadualnya dan hanya Dia sahajalah yang mengetahui bila 'aktiviti' senaman dan latihan tersebut akan diberikan. Dan jika kita sedar dan tahu apa yang kita hadapi itu adalah satu senaman dan latihan untuk memantapkan diri, kita tidak akan merungut, bersungut dan akan melaluinya dengan hati yang senang dan dada yang lapang.

4 comments:

Nanie Harris said...

Satu artikel yang menarik...memberi kesedaran bahawa kita perlu bersedia menghadapi senaman samada ringan atau berat.

asuhara sue said...

selain pingpong dan ps2, apa lagi senaman ko lim?

p/s: apesal susah beno aku nak layan ps2 tu eh?pasal aku tere sangat ke atau game yg tak best?muahahhahaha

Unknown said...

Gila ah..boleh masuk rencana kat utusan minggu..

artakus said...

reds: artikel biasa² jek!

asuhara: hahahaha....mcm tu je aktiviti aku! :p

mungkin tangan ko dah kematu pegang pen teknikal kot! ^_^

kaff: ceh, mana ada...biasa² jerrrk!