Monday, November 3, 2008

Lebah.....

Seorang muslim, hendaklah dia mencontohi sifat yang ada pada lebah.
1. Apabila lebah menumpang di sebuah pokok, ia tidak merosakkan pokok tersebut,
2. Lebah tidak pernah makan daripada buah tempat dia menumpang, malahan mengumpul hasil dari bunga dari tempat lain,
3. Lebah sentiasa melindungi pokok, tempat dia menumpang dengan bermati²an,
4. Di mana lebah menumpang, ia sentiasa meninggalkan madu.
_____________________
Petikan di atas dipetik dari kata² Ustaz Badli Shah Alauddin di dalam rancangan Halaqah pada malam tadi (4 Zulkaedah 1429 / 2 November 2008) yang disiarkan secara langsung dari Dataran Tanjung Emas, Muar yang bertajuk 'Negaraku'.
Ape yang paling menarik perhatian aku adalah kepada sifat lebah yang ke4, iaitu "Di mana lebah menumpang, ia sentiasa meninggalkan madu". Madu di sini boleh ditakrifkan dengan sesuatu yang baik, berguna, bermanfaat, cantik, indah dan berbagai² lagi perkataan yang boleh dihimpunkan di dalam kelompok perkataan yang boleh disama ertikan dengan kebaikan. Sesuai dengan sifat muslim yang benar² faham akan konsep Islam (Islam = sejahtera) yang sebenar iaitu sentiasa menyeru setiap muslim dan muslimah untuk melakukan kesejahteran dan kemakmuran di muka bumi Allah ini. Ke mana sahaja individu muslim itu pergi ia akan membawa kesejahteraan, mengamalkan kesejahteraan dan meninggalkan tempat yang di diami dengan kesejahteraan.
Tapi berapa ramai daripada individu muslim sekarang (termasuk aku) yang mampu berbuat demikian. Apabila dia datang ke suatu tempat yang buruk, dia mampu mengubahnya menjadi baik. Dan bila dia datang ke suatu tempat yang telah sedia baik, diperindahkannya menjadi tempat yang lebih cantik!
Jika kita lihat di sekeliling kita, hampir tiada lagi muslim yang sedemikian. Jika ada pun, ia telah berada di dalam kelompok spesis terancam. Kebanyakan dari kita jangan kata nak mencantikkan, nak meninggalkan sesuatu tempat seperti keadaan sediakalanya pun dah cukup bagus. Yang paling ramai, jenis merosakkan tempat yang cantik, dan menghodohkan lagi pemandangan dengan alasan, "Kalau tak aku yang buat, orang lain pulak yang buat!"

Mungkin entri kali ini seperti artikel dari penulis Persatuan Pencinta Alam. Namun cuba fikirkan, jika kita tak mampu untuk mensejahterakan benda² yang tidak bernyawa, bergerak dan berkomunkasi, apatah lagi bila kita hendak menyentuh individu yang penuh dengan perasaan dan emosi.
Jika tidak mampu menyumbang kepada kebaikan, jangan pula menyumbang ke arah keburukan!

6 comments:

Nanie Harris said...

Kadangkala klu kita memberikan kebaikkan sekalipun, orang lain tetap akan nmpk keburukan kita jugak! :(

Unknown said...

'deep' sungguh entry kau yang ni..mcm takleh nak komen je..

Ahmad said...

tengok Al-Quran, Surah Mariam, dan baca daripada ayat 29 hingga ayat 31

itu adalah ciri2 mukmin yang sejati..

anief said...

kalau jadi selain dari lebah boleh tak? jadi tangga ker....hehe

anief said...
This comment has been removed by a blog administrator.
artakus said...

reds: hmmm...tu la! tapi teruskan membuat kebaikan! hehehehe

kaff: ish...mana ada deep. johnny depp jek! hehehehe

gunblade: dah tru bukak. citer pasal nabi Isa a.s. ke?

anief: boleh che nief. jangan kata tangga, nak jadi mangkuk hayun pun boleh! ^_^