Thursday, December 18, 2008

Blog di sana sini.......

Pada hari Isnin dan Selasa yang lepas aku diminta oleh rakan sepemainan aku, en farhat necessities....eh, silap....En. Farhat Nasseri untuk menjadi fasilitator bagi kursus Blognya untuk beberapa staf KPYPJ yang terpilih (pemilihan bukan berdasarkan kepada bulu - pilih bulu). Yang mana tenaga pengajarnya adalah En. Haris a.k.a The Reds. Mula² mcm gerun gak, coz kebanyakan pesertanya adalah pensyarah² yang kemungkinan besar lebih power dari pada aku.....ceh, perasan terrorist la plak! ^_^. Namun kegerunan aku tu tidak lah seperti yang ku jangkakan kerana staf² yang hadir ke kursus tersebut sporting dan dipenuhi dengan rasa keterujaan yang tinggi. Ditambah lagi, sebahagian yang hadir adalah di kalangan kengkawan seper'gumpalan'.

Kelihatan sesosok tubuh yang mengerikan berdiri di belakang salah seorang peserta. Eh, aku ke tu?

Walaupun yang hadir di kalangan staf² yang berprofil tinggi (berbanding aku), mereka tidak malu untuk bertanya jika terdapat kemusykilan dan terlibat dengan masalah yang mereka 'terbuat' sendiri....hehehehe!


En. Reds sempat mengaplikasikan skillnya dan aku sempat gak berposing. Nape pipi aku mcm tengah makan lolipop tu? Waa...waa...aku makin gemuk! T_T


Dalam pada sibuk² membantu pengajar dan dan penganjur, aku sempat manaip entri aku. Entri "Namanya Za......" merupakan hasil peng'gulor'an aku pada 2 hari tersebut! ^_^ Pada masa ini, beberapa orang peserta telah mula memperlihatkan kehebatan diri dengan cuba mengedit HTML! Caya lah korang!

Sign board yang dibuat bersusah payah oleh AJK penganjur telah diconteng sendiri oleh En. Farhat untuk release tension katanya. Hehehe!

Kursus tamat dengan memperlihatkan wajah² peserta yang ceria dan berseri² kerana lepas ni boleh lah diorang mempromosikan diri, kerja mahupun bisnes sampingan yang diorang miliki. Namun objektif utama kursus ini dibuat telah diperingatkan oleh En. Farhat sebelum membuat ucapan penutup yang lebih mantap dari ucapan pembukaan pada hari pertama. Jangan marah ye En. Farhat! Hehehehehe!

Anyway....Good Luck to all of you guys and happy blogging! ^_^

4 comments:

Nanie Harris said...

Tahniah kerana kejayaan tempohari!

Bab HTML tu mmg diaorg ni kira power tul...advance!

Tp perenggan akhir tu sgt menyakitkan perut aku...:D

oldtechie said...

Terima kasih kerana membantu merealisasikan "first step" kearah masyarakat ITPYPJ yang berkesedaran teknologi! Jasamu sangat dikenang....

P/S - tak kisah encik artikus, tak marah pun.... :-)

Unknown said...

bertambah blogger di kalangan warga kp yek..

artakus said...

reds: kweh kweh kweh! jgn kata perut, urat kentut aku pun hampir putus ni! :p

oldtechie: fuh, mcm ayat pengarh kolej laaa....caya lah!

kaff: hmm....tu la. dan makin ramai la yang tak buat kijerr! hahahaha!