Friday, December 19, 2008

Setiakah aku........?

"Ku masih lagi setia,
Biar pun takdir mencabar kita berpisah,
Ku masih lagi di sini,
Berpegang teguh kalimah, cinta....."
Mendengar lagu Setia Ku Di Sini oleh Ziana Zain ketika menyiapkan kerja pada waktu malam yang hening, agak menyentuh rasa dan emosi. Lagu tersebut merupakan antara lagu top rating aku untuk senarai lagu Ziana Zain, walaupun kebanyakan lagu beliau, menjadi pilihan untuk menjadi halwa telinga dan penyantai hati.
Lagu yang berkisar tentang kesetiaan seorang kekasih yang begitu teguh ketika ditinggal pergi kerana kekasihnya pergi menunaikan kewajipan di terjemahkan dalam setiap rangkap yang amat mudah difahami dan tersusun dengan kemas dan cantik. Ciri² kekasih yang dipamerkan dalam bait² lagu ini hampir begitu mustahil direalisasikan oleh para pencinta zaman ini. Jika ada pun, ianya terlalu sukar untuk dimiliki.
Huh, tiba² hati ini bagai direjam dengan cerucuk besi bangunan 18 tingkat......arrrghhh!!!

6 comments:

Nanie Harris said...

Jiwanglah pulak...hehe

Dunia skrg penuh dgn kepalsuan...susah nk cr yg betul2 setia...

asuhara sue said...

ehhh...aku ni setia apaa limm...setiaku di sini a.z! huahahahha..err...kau jiwang rupanya erk?

Mohd Sabar & Rafieah said...

SPYS lim...hehehe...

artakus said...

reds: sesekali berjiwangan ni, apa salahnya! hehehehe

asuhara: aku memang jiwang pun, walaupun muka nampak mcm topeng jepun! hahahaha

iman: hoh, ape yang ko taip tu peah?

fadh said...

halim... agak2 tetiba ko emo tuh, tisu gulung tu ada atas meja aku tau..

nak pakai.. pakai laa.. nak let my shoulder kang.. syed semelih aku nanti.. ko landing jer laa kat shoulder kafiyun ye.. hehe

relax laa lim.. kumbang bukan seekor... bunga bukan sekuntum..

artakus said...

fadh: waaaahh....tak de la sampai nak meleleh air hidung aku ni! sakit sikit² je kat ulu hati ni....mcm yang kafi kena tuh! kui kui kui