Tuesday, December 30, 2008

Bijak ke......?

1 Muharram 1430 / 29 Disember 2008, menjadikan aku manusia bersusia 31 tahun mengikut kiraan tahun hijrah. Berbanding dengan kiraan masehi, aku baru nak melangkah masuk era 30an. Waaaaaah......dah tuenya akuuuu!!!
Bila umur semakin lanjut ni, aku sentiasa teringatkan mati. Kata ustaz, kalau sentiasa ingatkan mati ni orang yang bijak. Then, bijakkah aku? Pada pendapat aku pepatah tersebut tidak hanya terhenti di situ. Manusia yang sentiasa mengingati mati ni dikatakan bijak sekiranya setiap kali dia mengingati mati, dia akan menambah amal ibadat dan kebaikannya. Jadi orang yang hanya mengingati mati, tapi tak menambah amal kebaikannya (macam aku) tak dikira sebagai bijak. Dah tu....nak dipanggil ape? Bodoh² alang? Alang² bodoh? atau alang² dah bodoh, biar mati terus? Hoh, kasar pulak bunyiknya!
Tapi kalau dah ingat mati tu.....alhamdulillah lah kot. (waaah...mcm masuk bakul angkat sendiri jek!). Sekurang²nya.....manusia tersebut tidak lah terus lagha dengan keduniaan. Agaknya lah....kalau aku yang dah selalu ingat mati ni pun teruk, kalau aku tak ingat mati, mcm mane la agaknya aku ni kan. Mesti dah jadik beruk mak yeh agaknya. Malah lebihi teruk dari tu!
Apa pun, bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah ni, aku nak ucapkan Selamat tahun baru kepada semua blogger dan pembaca blog! Semoga azam korang pada tahun lepas telah tercapai. Dan semoga azam korang tahun ni bertambah hebat, mantap dan mantoool! ^_^

Friday, December 19, 2008

Setiakah aku........?

"Ku masih lagi setia,
Biar pun takdir mencabar kita berpisah,
Ku masih lagi di sini,
Berpegang teguh kalimah, cinta....."
Mendengar lagu Setia Ku Di Sini oleh Ziana Zain ketika menyiapkan kerja pada waktu malam yang hening, agak menyentuh rasa dan emosi. Lagu tersebut merupakan antara lagu top rating aku untuk senarai lagu Ziana Zain, walaupun kebanyakan lagu beliau, menjadi pilihan untuk menjadi halwa telinga dan penyantai hati.
Lagu yang berkisar tentang kesetiaan seorang kekasih yang begitu teguh ketika ditinggal pergi kerana kekasihnya pergi menunaikan kewajipan di terjemahkan dalam setiap rangkap yang amat mudah difahami dan tersusun dengan kemas dan cantik. Ciri² kekasih yang dipamerkan dalam bait² lagu ini hampir begitu mustahil direalisasikan oleh para pencinta zaman ini. Jika ada pun, ianya terlalu sukar untuk dimiliki.
Huh, tiba² hati ini bagai direjam dengan cerucuk besi bangunan 18 tingkat......arrrghhh!!!

Hal remeh.......

Di sebuah kampung terdapat sebuah pokok yang umurnya melebihi umur kampung tersebut. Semasa kampung tersebut di buka, pokok itu telah wujud dan penduduk menngambil keputusan untuk membiarkan sahaja sehinggakan ia menjadi semakin membesar. Sejak kewujudannya sehingga kini, pokok tersebut tetap berdiri teguh dan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan musnah walaupun seringkali di panah petir dan dilanda banjir besar beberapakali.
Sehinggalah pada suatu hari secara tiba-tiba pokok itu gegur ke bumi dengan sendirinya tanpa disebabkan punca-punca yang besar. Penduduk tertanya-tanya mengapakah pokok itu boleh tumbang, sedangkan selama ini bermacam bencana yang menimpanya, tetapi ia tetap berdiri teguh dengan penuh bangga. Setelah disiasat oleh beberapa orang penduduk, mereka mendapati pokok itu tumbang kerana disebabkan oleh sejenis serangga yang disebut kumbang yang telah memakan pokok tersebut secara perlahan-lahan sejak sekian lama tanpa disedari oleh penduduk di situ. Kumbang-kumbang itu telah memakan bahagian pokok itu yang selama ini dibaluti oleh kulitnya yang keras itu. Akhirnya, dalam masa yang singkat, pokok tersebut telah tumbang, tersembam ke bumi hanya kerana disebabkan kumbang-kumbang yang kecil saiznya.
Dalam sebuah hadis yang mahsyur, Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“Jauhilah dosa-dosa kecil kerana jika ia telah bertompok-tompok pada seseorang maka ia akan merosakkan orang itu"
Seorang hakim di Chicago bernama Dan Joseph Sabeth yang pernah menjadi penasihat perkahwinan telah berjaya membantu 40000 pasangan yang tidak bahagia mengatakan sebahagian besar ketidakbahagiaan dalam perkahwinan disebabkan oleh hal yang remeh-temeh atau perkara-perkara kecil.Manakalah Frank S. Hogan, seorang penguasa daerah di New York Country mengatakan sebahagian kes-kes yang telah dilaporkan ke jabatannya berkaitan hal-hal yang kecil saja seperti pertengkaran antara anggota keluarga, atau kerana disebabkan selisih faham sehingga menyebabkan saling menghina antara satu sama lain, atau kerana tersinggung, atau kerana terkesan disebabkan isyarat-isyarat badan. Dan perkara-perkara kecil seperti di atas tadilah telah membawa kepada beberapa kes besar seperti pergaduhan dan pembunuhan.
Di negara kita sendiri apa kurangnya. Sama seperti di Barat yang mana saban hari di dada-dada akhbar dan seperti yang dilaporkan dalam berita di televisyen tentang pergaduhan dan pembunuhan yang hanya bermula dengan hal yang kecil dan kadangkala tidak masuk dek akal. Misalannya, bergaduh sehingga berbunuhan kerana masalah perselisihan pendapat. Bila mula berbeza pendapat, masing-masing mula menghina antara satu sama lain, dan akhirnya menyebabkan kepada pergaduhan yang penamatnya menyebabkan salah seorang daripada mereka terkorban. Ini bukan cerita dongeng, tetapi inilah realiti yang sedang melanda masyarakat di negara kita.
Mari kita fikirkan bersama, mengapa semua ini berlaku. Dari hal-hal yang kecil dan remeh-temeh, akhirnya ia menjadi masalah besar dan membinasakan. Jawapannya mudah sahaja, ini semua berlaku kerana kita sering memperbesarkan hal-hal yang kecil sehingga menjadi besar dan seterusnya memusnahkan diri kita sendiri. Contoh-contoh di atas menunjukkan kepada kita betapa hal yang kecil dan temeh-temeh telah menyebabkan banyak perkara besar telah berlaku. Hal-hal kecil dan remeh temeh ini perlulah kita tangani dengan berkesan agar ia tidak menguasai diri kita.Misalnya dalam rumahtangga, pasangan suami isteri haruslah pandai menilai sesuatu isu yang berlaku dalam rumahtangga mereka. Jangan biarkan hal-hal yang remeh temeh membelenggu kerukunan rumahtangga mereka. Misalnya seorang suami merasa sakit hati kerana isterinya suka tidur berdengkur. Hampir setiap malam tidurnya terganggu kerana bunyi-bunyian yang keluar dari rongga mulut dan hidung isterinya. Dalam hal ini, sebelum situasi menjadi semakin rumit disebabkan hal yang begitu remeh, si suami perlulah menilai hadis ini yang berbunyi :
“Janganlah seorang suami mukmin membenci isterinya yang mukminah, jika ia tidak menyukai salah satu sifat isterinya, tentu ada satu sifat lain yang akan menyenangkannya” ( Muslim ).
Ya, si suami jangan biarkan satu sifat yang buruk pada pandangannya itu untuk menafikan lain-lain sifat yang baik pada diri si isteri. Bertenang sekejap, fikirkan secara perlahan-lahan apakah kebaik-kebaikkan si isteri padanya. Masakan tiada bukan. Pasti ada dan jangan menafikannya. Jangan biarkan ego seorang suami menguasai diri anda. Dari sepuluh sifat si isteri misalnya, masakan tiada satupun yang baik pada pandangan mata anda. Dia basuh pakaian anda, masakkan makanan yang lazat-lazat untuk anda, mengemas rumah setiap hari walaupun penat bekerja dan bermacam-macam lagi yang lakukan si dia untuk anda. Kenapa hanya satu masalah yang kecil, menyebabkan mata anda tertutup untuk melihat perkara yang lebih besar.
Fikirkanlah bagaimana Saidina Umar menilai pengorbanan isterinya dengan mendiamkan dirinya ketika dia dibebeli isterinya. Lemahkah Umar? Tidak, dia pahlawan hebat, bukan sahaja manusia yang takutkannya, malah syaitan juga melarikan diri bilabertembung dengannya. Dia juga sahabat Nabi yang yang mulia dan dijamin syurga. Tetapi mengapa dia bertindak begitu? Tidak lain tidak bukan kerana dia menghargai isterinya dan menerima kelemahan yang ada pada isterinya. Pada suami di luar sana, anda bagaimana? Fikir-fikirkanlah.
Apa jalan penyelesaiannya? Mudah sahaja jalannya, bersihkan jiwa dan bukalah minda kita dengan seluas-luasnya agar kita dapat melihat sesuatu isu dan perkara itu dengan lebih tenang, matang dan menurut pandangan akal yang berlandaskan Islam dan sunnah Nabi. Jangan biarkan fikiran kita terus dikuasai hal-hal yang remeh-temeh sehingga menjadikan minda kita tertutup rapat dan sentiasa menilai sesuatu perkara dan isu itu dengan nilaian yang negatif yang hanya bersandarkan kepada tanggapan semata-mata dan nafsu yang sering memandu kita ke arah kejahatan yang akhirnya akan membinasakan diri kita sendiri. Ingat, syaitan sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan anak adam kerana itu janjinya hingga kiamat kelak. Akhir bicara, bersabarlah dengan setiap apa yang telah Tuhan tentukan buat kita. Nasib kita berada di tangan kita sendiri. Hanya kita yang mampu mengubahnya dengan izin Allah.
* diambil dari kiriman Ikhwanul Muslimun

Thursday, December 18, 2008

Babel - bebel.......

Semalam (19 Zulhijjah 1429 / 17 Disember 2008)......setelah beberapa kali bos aku 'babel' kat Unit Komputer kerana keadaan internet di tempat aku yang mcm 'tuuut....tuuut' dan 'tuuuuuuuuuuut', akhirnya ianya berjaya di perbaiki. Kelewatan pembaik pulihan talian internet di pejabat aku bukan disebabkan oleh ketidak efisyenan (betul ke tu?) Unit Komputer itu sendiri, tetapi disebabkan oleh halangan² sampingan yang tidak dinyatakan di sini yang pernah disebutkan di entri aku sebelum ni yang mana ianya juga tidak menyentuh secara terus individu yang terlibat dalam menyumbangkan permasalahan tersebut! Fuh, panjang sungguh penerangan aku ni!
Aku adalah antara yang terlibat dalam pembaik pulihan talian internet yang tak berapa nak pulih tu (tak memasal jadik pembantu juruteknik....hehehehe!). The credits goes to En. Farhat dan En. Reds. Yang paling kesian adalah En. Farhat yang berhempas pulas menangani masalah talian tersebut.

Kelihatan En. Farhat telah berbolot² dengan bermacam kabel di pusat modem. Nasib baik aku ada kat situ, kalau tak...tak tahu mana satu modem, mana satu farhat! ^_^

Thanks guys, korang memang world! Tak la aku kena 'babel' dengan bos aku kerana talian internet yang aku tak tahu menahu tu pun! Thanks again! ^o^

Blog di sana sini.......

Pada hari Isnin dan Selasa yang lepas aku diminta oleh rakan sepemainan aku, en farhat necessities....eh, silap....En. Farhat Nasseri untuk menjadi fasilitator bagi kursus Blognya untuk beberapa staf KPYPJ yang terpilih (pemilihan bukan berdasarkan kepada bulu - pilih bulu). Yang mana tenaga pengajarnya adalah En. Haris a.k.a The Reds. Mula² mcm gerun gak, coz kebanyakan pesertanya adalah pensyarah² yang kemungkinan besar lebih power dari pada aku.....ceh, perasan terrorist la plak! ^_^. Namun kegerunan aku tu tidak lah seperti yang ku jangkakan kerana staf² yang hadir ke kursus tersebut sporting dan dipenuhi dengan rasa keterujaan yang tinggi. Ditambah lagi, sebahagian yang hadir adalah di kalangan kengkawan seper'gumpalan'.

Kelihatan sesosok tubuh yang mengerikan berdiri di belakang salah seorang peserta. Eh, aku ke tu?

Walaupun yang hadir di kalangan staf² yang berprofil tinggi (berbanding aku), mereka tidak malu untuk bertanya jika terdapat kemusykilan dan terlibat dengan masalah yang mereka 'terbuat' sendiri....hehehehe!


En. Reds sempat mengaplikasikan skillnya dan aku sempat gak berposing. Nape pipi aku mcm tengah makan lolipop tu? Waa...waa...aku makin gemuk! T_T


Dalam pada sibuk² membantu pengajar dan dan penganjur, aku sempat manaip entri aku. Entri "Namanya Za......" merupakan hasil peng'gulor'an aku pada 2 hari tersebut! ^_^ Pada masa ini, beberapa orang peserta telah mula memperlihatkan kehebatan diri dengan cuba mengedit HTML! Caya lah korang!

Sign board yang dibuat bersusah payah oleh AJK penganjur telah diconteng sendiri oleh En. Farhat untuk release tension katanya. Hehehe!

Kursus tamat dengan memperlihatkan wajah² peserta yang ceria dan berseri² kerana lepas ni boleh lah diorang mempromosikan diri, kerja mahupun bisnes sampingan yang diorang miliki. Namun objektif utama kursus ini dibuat telah diperingatkan oleh En. Farhat sebelum membuat ucapan penutup yang lebih mantap dari ucapan pembukaan pada hari pertama. Jangan marah ye En. Farhat! Hehehehehe!

Anyway....Good Luck to all of you guys and happy blogging! ^_^

Monday, December 15, 2008

Namanya Za......

Hari pertama
"............."
"............."

Hari kedua
"Aaa.....boleh saya tahu sape nama?"

"..........."

Hari ketiga
"Awak belum bagitahu nama awak kan?"
"......."

Hari keempat
"Nama saya awak dah tahu kan? Awak pulak?"
"Z...z.....za...."
"Ooo....'Z' jugak!" aku berbisik sendiri.

Hari kelima
"Jadik cik 'Z', kita nak pergi mana ni?"
"Hmmm....nama saya Zaleha lah."

"Oooo....Zaleha. Sedap jugak nama tu."

Berapa lama pulak lah 'jodoh' aku dengan si Zaleha nih!

Wednesday, December 10, 2008

Mari melapah.....

10 Zulhijjah 1429 / 8 Disember 2008 (Hari Raya Haji), for the first time in my life (i think so), aku ikut orang melapah daging korban. As I said mungkin yang pertama kali, kalau tak pun...mungkin dah lama giler sebab aku tak dapat recall when the last time aku melapah daging korban nih! Hehehehe....menunjukkan yang aku ni pemalas nak m****s!
And i've got a new experience, bila daging bahagian peha lembu yang dah terlerai dari badan tu masih berdenyut² lagi. Ajjer gillerr betul lah! Tapi aku tak de la tunjuk rase takjub aku. Nanti nampak pulak yang aku memang tak pernah ikut melapah lembu. Hehehehehe. Aku rase terperanjat campur takjub sebab lembu yang first aku lapah, tak de pulak berdenyut macam tuh! Lagi terperanjat bila daging yang aku pegang menyentap² bila aku potong dengan pisau ala² rambo yang baru asah paginya. Hahahaha....jakun giler siot!
Walaubagaimanapun aku tak dapat nak tolong lapah semua lembu yang tumbang hari tu (4 ekor) sebab kena balik awal. Dan balik tengah hari tu, aku dapat panggilan yang 'Zubaidah' akan diambil dalam lingkungan pukul 2 petang. Aduuh....sian dia, pegi waktu aku tak de kat rumah. Coz tengah hari tu, aku ada appointment dengan tukang urut cina di Gerisek, lebih kurang 20++ km dari rumah aku!

Aku sampai ke rumah dalam lingkungan 6 petang dan kelibat Zubaidah dah tiada di laman. Tempatnya telah diganti dengan kelibat baru berwarna silver. "Selamat datang" ujarku di dalam hati...semoga kita serasi bersama. Ceeewaaaah.....hehehehe.

Baru beberapa hari aku 'berkenalan' dengannya. Namanya tak sempat aku 'tanya' lagi. Ape pun, 'dia' lah yang menjadi teman baru aku. Dan yang pasti, beberapa helaian berwarna ungu akan keluar dari kantung simpananku kerana tuannya sebelum ni hanya mementingkan 'paras rupa' sahaja. T_T

Keroncong untuk 'Zubaidah'.....

Aku tetap setia walaupun kau lebih tua
Aku tetap bersama walaupun 'body' mu berirama
Aku tetap menanti walaupun kau belum 'bangun' lagi
Aku tetap kembali walaupun terkadang aku pergi
Aku tetap di sini walaupun ku tahu poket ku bakal kehilangan isi

Tetapi....
Kini kau pergi
Bersama 'dia' yang baru memiliki
Dirimu yang telah ku sayangi
Pergimu meninggalkan aku
Bersama 'teman' baru
Yang belum pasti
Apakah nama akan ku beri
Yang pasti
Ianya tak sehebat dirimu
Dan tak secomel 'body'mu
Yang boleh ku bawa
Menyelusuri
Terowong smart haram di Taman Tampoi Utama!

p/s: Gambar Zubaidah tak dapat dilampirkan kerana terlalu 'seksi'!

Friday, December 5, 2008

Zubaidah.....

Petang ni (7 Zulhijjah 1429 / 5 Disember 2008) aku balik kampung (Olak Sepam) dengan memandu kereta aku yang bernama Zubaidah tu! :p
Malasnyeee rase. Ntah kenapa kebelakangan ni macam malas je nak balik kampung bawak kereta. Lebih suka tumpang orang atau naik bas. Antara kemungkinan aku suka tumpang orang, boleh tido kot!
Tapi kalau ada teman ok gak kot. Paling tak pun letak kucing sekor ke kat sebelah layan aku bercakap! Hahahahaha! Nak cakap sorang², nanti orang padang semacam plak aku. Kalau ada kucing, tak de la pelik sangat (kot).
"Oooo....dia bercakap dengan kucing rupanya!" (Walaupun bunyiknya macam pelik). Ape nak pelik. Mak aku selalu bercakap dengan kucing²nye ape kat rumah!
Kalau boleh main PS2 sambil bawak kereta...lagi best kan! Hehehehehe!

Thursday, December 4, 2008

4 Sekawan.....

Semalam, (5 Zulhijjah 1429/3 Disember 2008) aku bercuti. Cuti rehat lepas bergelut dengan MAREX 2008 beberapa hari di plaza angsana. Penat sungguh rasenya. Mana taknya, masa persiapan tu, pukul 2 pagi pun masih menggali lubang untuk letak pancang buat gelanggang persembahan. Yang mana, bila sampai masanya, tak guna pun. Buat penat jek! Huhuhuhu. Review dan gambar² (MAREX je la) boleh rujuk kat en. kaff di kedai gula² nya. :)

Antara aktiviti yang aku lakukan semalam adalah menonton Madagascar2. Cerita yang menarik dan penuh dengan muka² binatang yang menggeletek paru²! Walaubagaimanapun, diselitkan juga beberapa unsur yang sentimental yang menyebabkan aku terharu. Tak sure samada memang scene tu betul² mengharukan atau aku yang dah semakin tua! T_T

Walaubagaimanapun, cerita yang menarik ini kurang berjaya aku nikmati dengan sepenuhnya kerana terganggu dengan ketukan kaki dari penonton seat belakang. Mula² start citer dia dah mula ketuk² seat aku. Tak boleh tahan, aku toleh ke belakang. Ceh, budak rupanya! Senyap la sekejap. Tak lama kemudian, dia buat lagi. Ikut hati aku, nak je sepak (dengan kaki dan tangan) budak tu dengan parent dia. Tapi.....hehehehe, tak payah la.

Ape pun, citer ni memang menarik untuk ditonton. Cuma pastikan la belakang korang tu seorang yang beretika ketika dalam wayang. (macam mane tu ek? hehehehehe!)
p/s : Bila diorang nyanyi 'i like to move it' tu, teringat pulak aku kat eves! ^_^

Wednesday, November 26, 2008

Boring.....

"nak dihubungi....nanti dikata memberi harapan
tak dihubungi.....dikata pula tak sudi"
Kadang² aku malas berhadapan dengan spesis kaum hawa yang mcm ni! (note: bukan semua, segelintir jek). Nanti bila dah terlajak (terberi harapan), mula la kata lelaki ni tak bertanggungjawab la (walaupun memang sebahagiannya yang mcm tuh), tak bertimbang rasa la, suka permainkan orang la!
Lelaki.....diberi akal yang panjang supaya boleh membantu si'akal pendek' ni menempa rasional. Walaupubagaimanapun tidak tidak dinafikan desakan si'akal pendek' diperlukan untuk membantu si'akal panjang' untuk cepat membuat keputusan. Dan gabungan kedua² hidupan ini akan menghasilkan keputusan yang hampir tepat pada waktu yang hampir ideal!
Begitulah cantiknya ciptaan dan ketentuan Tuhan terhadap kesempurnaan yang perlu dicari oleh setiap manusia untuk mencapai tahap Wasthiah. Namun ape yang aku hadapi, menyebabkan aku tersepit dan memang memerlukan masa untuk berfikir, mendapatkan buah fikiran parent dan rakan untuk membantu dan mencari hidayah Allah untuk membuat keputusan. Jadi, salahkah aku memerlukan masa sedikit untuk berfikir agar aku tidak tersalah memberi sesuatu kepada yang tidak sepatutnya menerima? Dalam pada itu, ada beberapa pihak yang menguhukum aku dengan label² yang tak selayaknya aku terima 'anugerah' tersebut! Terima kasih atas 'anugerah' tersebut. Tindakan 'kalian' menjadikan aku seperti tawar hati dan 'boring' dengan spesis kalian! (diingatkan sekali lagi, BUKAN semua!)

Thursday, November 20, 2008

Lembap.....

Kemasukan entri ke blog aku agak lembap, disebabkan oleh keadaan internet ditempat aku yang lembap dan akhirnya kena potong. Pemotongan tersebut diakibatkan oleh kelembapan beberapa makhluk tuhan (paling seksi - kalau lagu Mulan Jamila la) yang berkerja dengan kadar kelembapan paling tinggi!
Maka aku pun berjalan dengan lembap menuju ke tempat yang mempunyai kadar kelajuan internet yang tak lembap dengan hati yang dipenuhi dengan rasa yang lembap.
p/s: Lembap di sini merujuk kepada:
1. Keadaan basah yang hampir kering.
2. Perlahan, Lambat
3. Malas
4. Bengap
5. Gabungan perkara 2, 3 & 4!

Friday, November 14, 2008

Sekali lagi.....

"Aku ada masalah sikit ni"

"Masalah apanya pulak?"

"Boleh tak kita balik kampung awal sikit hari ni? Mak aku call, anak aku sakit pulak."

"Awal? Pukul berapa awalnya tuh?"

"Lepas jumaat!"

"Hah? Aku ada kijer la.....lagipun ko tak kijer ke hape petang ni?"

"Tu la. Aku boleh setel. Ko pulak mcm mane?"

Aku terdiam untuk beberapa ketika!

"Nanti aku call ko balik la!"

Gagang telefon diletak. Buntu seketika. Aku tersepit antara kijer, kawan dan keluarga. Aku perlu balik, kerana telah berjanji dengan mak untuk pulang. Aku perlu teruskan kijer kerana tertakluk dengan terma dan syarat. Dan kawan.....hmm...kenapa lah jadik macam ni? Sekali lagi, akidah dan keimanan aku kepada Qada' dan Qadar diuji.

"Hmmmmm........!!!"

Satu keluhan dilepaskan. Membuat keputusan. Satu kemahiran yang aku gagal kuasai! Walaubagaimanapun, keputusan perlu dibuat!

Thursday, November 13, 2008

Analogi.....

Jasmani
Makanan : Nasi, Sayur, Buah....
Senaman : Yoga, Jog, Gym.....
Ubat : Panadol, Pil Chik it tek on, Minyak yu yi cap limau....
Rohani
Makanan : Solat, Zikir, Baca Quran....
Senaman : Tayar Pancit, Duit Hilang, Kena Aniaya.....(Ujian)
Ubat : Taubat
Teringat pesanan ustaz aku masa sekolah menengah dulu. Kata beliau, untuk menjadikan badan kita bertenaga agar dapat melakukan tugas² seharian, kita perlu makan. Ada tika masanya kita tak lalu atau berselera untuk makan. Apabila timbul gejala sedemikian, ia menunjukkan yang kesihatan badan kita terganggu dan kita mungkin boleh jatuh sakit.
Begitu juga dengan rohani kita. Rohani kita perlukan makanan untuk meneruskan penghambaannya kepada Tuhan. Dan antara ciri² rohani yang sakit, apabila ianya tak de selera untuk 'makan'. Dan makanan untuk rohani adalah seperti yang telah aku nyatakan di atas. Apabila kita susah, sukar dan tegar untuk melakukan ibadah, itu bermaksud rohani kita sakit dan memerlukan kepada ubat. Dan ubat untuk rohani adalah kita perlu muhasabah diri dan banyakkan bertaubat kepada Yang Maha Pengampun.
Cuma analogi yang kedua tu (senaman) aku yang terfikir sendiri. Jika kita hendak memastikan tubuh badan kita fit, cantik dan lasak, kita memerlukan kepada senaman dan latihan fizikal untuk menjadikannya mantap dan cergas. Apabila badan kita dibiasakan dengan bersenam dan latihan, ianya tidak mudah untuk jatuh sakit.
Bagitu juga dengan rohani. Ujian yang datang merupakan 'senaman' dan 'latihan' yang dikurniakan untuk mencergaskan rohani kita dan menguji sejauh mana 'kecergasan' dan kemantapan rohani yang telah kita beri 'makan' tadi. Sekiranya kita sabar dalam menjalani aktiviti 'senaman' untuk rohani, insya Allah, rohani kita akan menjadi lebih sihat, mantap dan tak mudah untuk kena 'penyakit'.
Berbeza dengan senaman jasmani yang telah kita rancang untuk melakukannya, senaman rohani tidak kita rancang dan ketahui bila kita akan menerimanya. Yang Maha Pemberilah yang telah menyediakan jadualnya dan hanya Dia sahajalah yang mengetahui bila 'aktiviti' senaman dan latihan tersebut akan diberikan. Dan jika kita sedar dan tahu apa yang kita hadapi itu adalah satu senaman dan latihan untuk memantapkan diri, kita tidak akan merungut, bersungut dan akan melaluinya dengan hati yang senang dan dada yang lapang.

Monday, November 10, 2008

Taman yang bersegi.....

"namamu ku ukir di pohon di tepi taman,
sebagai hiasan lambang cinta yang terlarang,
semoga kau terlihat tika melintasi taman,
sebagai tanda percintaan abadi..."
Taman Astakona - Slash

Demikian lah antara rangkap yang dalam lagu tersebut (Taman Astakona) yang menarik perhatian aku.

astakona :
1. segi atau sudut lapan. 2.segi banyak. berastakona berbentuk segi lapan atau segi banyak.
Sumber - Kamus Dewan edisi tiga

Astakona dalam lagu ini tidak memberi sebarang maksud tersirat dan puitis dalam lagu ni. Ia hanya sebagai satu subjek penceritaan yang taman ni tempat diorang bertenet dulu²! ^_^ Kira ala² macam lagu Cinta Bandar Tasik Selatan dan Cinta di Pantai Merdeka (eh, ye ke tajuknya mcm tu?)

Lagu ni telah menjadi juara carta Fulamak Carta SMS Sinar tidak kurang dari 4 kali. Dan lagu ni telah berada dalam carta selama 18 minggu dalam carta tersebut. Pada aku, lagu ini boleh tahan dari segi gaya bahasanya. Tapi melodinya memang menarik perhatian aku. Sedap pada telinga aku.

Aku tak pasti sangat lagu ni tahun berapa albumnya keluar. Kemungkinan dalam tahun 80an atau awal 90an. Yang penting, kenapa aku tak pernah dengar lagu yang best ni dulu??? T_T

Friday, November 7, 2008

Berkocaknya emosi.....

Beberapa hari dalam minggu ni, aku kerap mendengar keluhan dari kengkawan aku yang agak letih berkerja dalam keadaan tak selesa akibat ketidak lancaran dan ketidak telusan yang berlaku dalam syarikat. Alhamdulillah kerana minggu aku tak berapa sibuk dengan kerja seharian dan agak selesa daripada sebarang tekanan, jadi dapat lah meluangkan masa mendengar luahan rasa yang terpendam dari kawan².
Walaupun aku hanya pendengar sahaja, ianya sudah cukup menyakitkan hati dan membebankan minda. Belum lagi mengalami masalah tu seperti kengkawan aku tu. Aku juga pernah menghadapi situasi yang hampir sama, cuma tidak sekronik citer kengkawan aku. Kenape la manusia ni mcm tu? (merujuk kepada manusia yang menyusahkan, bukan kawan aku) Memang la Allah jadikan manusia ni dengan variasi yang pelbagai dari sudut fizikal mahupun mental. Tapi tak boleh ke kalau hidup tu tak menyusahkan orang lain? (Nada yang beremosi, memang tengah beremosi pun nih....geram!)
Lagi la menjadi² bila manusia² ni mula berada di kasta yang hampir atau telah berada di 'puncak'. (tak semua) Mudah sangat mereka lupa diri, sombong, macam hidup nak menongkat langit, macam tak de hari pembalasan dan lain² lagi yang seumpama dengannya. Kawan aku tu pulak nak buat kijer dia. Bukan nak berpoya² atau berpeleseran macam ada sesetengah lagi pihak yang lain. Cuba la faham akan kesusahan mereka² yang bekerja bersungguh² dan yang berusaha untuk mencari rezeki yang halal! Waaaaargh.......(banyak lagi nak cakap - taip, tapi hanya mampu menjerit dalam bentuk perkataan jek!)
p/s: Maaf dipinta kepada mereka yang membaca blog aku ni kerana episod kali ini, luahan rase disertai dengan nafsu ammarah dan sifat mazmumah yang tak mampu ditahan! Kemaafan sekali lagi dipohon! >_<

Monday, November 3, 2008

Lebah.....

Seorang muslim, hendaklah dia mencontohi sifat yang ada pada lebah.
1. Apabila lebah menumpang di sebuah pokok, ia tidak merosakkan pokok tersebut,
2. Lebah tidak pernah makan daripada buah tempat dia menumpang, malahan mengumpul hasil dari bunga dari tempat lain,
3. Lebah sentiasa melindungi pokok, tempat dia menumpang dengan bermati²an,
4. Di mana lebah menumpang, ia sentiasa meninggalkan madu.
_____________________
Petikan di atas dipetik dari kata² Ustaz Badli Shah Alauddin di dalam rancangan Halaqah pada malam tadi (4 Zulkaedah 1429 / 2 November 2008) yang disiarkan secara langsung dari Dataran Tanjung Emas, Muar yang bertajuk 'Negaraku'.
Ape yang paling menarik perhatian aku adalah kepada sifat lebah yang ke4, iaitu "Di mana lebah menumpang, ia sentiasa meninggalkan madu". Madu di sini boleh ditakrifkan dengan sesuatu yang baik, berguna, bermanfaat, cantik, indah dan berbagai² lagi perkataan yang boleh dihimpunkan di dalam kelompok perkataan yang boleh disama ertikan dengan kebaikan. Sesuai dengan sifat muslim yang benar² faham akan konsep Islam (Islam = sejahtera) yang sebenar iaitu sentiasa menyeru setiap muslim dan muslimah untuk melakukan kesejahteran dan kemakmuran di muka bumi Allah ini. Ke mana sahaja individu muslim itu pergi ia akan membawa kesejahteraan, mengamalkan kesejahteraan dan meninggalkan tempat yang di diami dengan kesejahteraan.
Tapi berapa ramai daripada individu muslim sekarang (termasuk aku) yang mampu berbuat demikian. Apabila dia datang ke suatu tempat yang buruk, dia mampu mengubahnya menjadi baik. Dan bila dia datang ke suatu tempat yang telah sedia baik, diperindahkannya menjadi tempat yang lebih cantik!
Jika kita lihat di sekeliling kita, hampir tiada lagi muslim yang sedemikian. Jika ada pun, ia telah berada di dalam kelompok spesis terancam. Kebanyakan dari kita jangan kata nak mencantikkan, nak meninggalkan sesuatu tempat seperti keadaan sediakalanya pun dah cukup bagus. Yang paling ramai, jenis merosakkan tempat yang cantik, dan menghodohkan lagi pemandangan dengan alasan, "Kalau tak aku yang buat, orang lain pulak yang buat!"

Mungkin entri kali ini seperti artikel dari penulis Persatuan Pencinta Alam. Namun cuba fikirkan, jika kita tak mampu untuk mensejahterakan benda² yang tidak bernyawa, bergerak dan berkomunkasi, apatah lagi bila kita hendak menyentuh individu yang penuh dengan perasaan dan emosi.
Jika tidak mampu menyumbang kepada kebaikan, jangan pula menyumbang ke arah keburukan!

Friday, October 31, 2008

Sekadar mencoret.....

Ruang pejabat ini terus dipenuhi dengan kesepian. Sejak pegawai aku dipinjamkan ke kolej untuk menggantikan staf yang cuti bersalin, aku kerap tinggal sendirian. Bos aku pulak kerap dengan urusan luarnya sama ada ke ibu pejabat, ke kolej atau urusan keluarga. (Hahahaha...bunyik macam mengkantolkan bos jek! :p)

Walaubagaimanapun, aku masih selesa dengan 'kesepian' tersebut. Cuma terkadang 'kesepian' itu bagai menggigit² kulit hati, menyebabkan bahagian yang dicicip itu terasa kosong. Mungkin aku dah terbiasa duduk di rumah arwah Cikgu Shaharom lebih dari setahun berseorangan hingga kesepian dan kekosongan tersebut menjadi rakan akrab seharian.

Ketika aku berasa selesa dengan rasa sepi ini, kerisauan terkadang menyapa hati. Jika aku berasa begitu selesa dengan sepi, kosong dan sendiri, bagaimana nanti jika aku telah hidup tidak bersendiri. Apabila makan, tidur, berhibur sudah berteman, apakah aku akan selesa dengan 'teman' baru aku itu? Berapa lamakah pula aku dapat menyesuaikan diri? Berapa lama pula aku dapat bertahan dan sanggup berjauhan dari sepi?

Aku harap aku dapat berhijrah tanpa meninggalkan sebarang kerosakan terhadap 'musim' yang aku tinggalkan dan terhadap 'dunia' yang akan aku diami.

Wednesday, October 29, 2008

Syawal yang pergi.....

Rabu, 29 Syawal 1429 H, merupakan hari terakhir bulan Syawal untuk tahun nih berdasarkan pada kalendar. Nampaknya, memang tak tertunailah hajat aku. Hmmm.....sibuk dengan open house dan berbagai lagi jenis 'terbuka', sampai tak terlaksana apa yang dirancang. (Bunyik mcm alasan jek ^_^)
Setengah orang suka Syawal ni habis, setengah orang pulak sedih Syawal ni berakhir, setengah orang pulak, tak de rase ape². Banyak faktor yang mempengaruhi perasaan apabila Syawal berlalu. Yang sedih, mungkin dah tak de lagi open house lepas ni. Yang suka pulak....mungkin diri dia terlepas dari buat rumah terbuka. (Hehehehe....bunyi mcm kedekut jek).
Meminjam statement kawan aku (jgn marah ye), dia rase selesa bila Syawal berakhir, kerana Syawal agak merimaskan dengan jemputan rumah terbuka di sana sini. Mungkin ada juga betulnya. Dan pada aku pula, Syawal merupakan bulan yang sukar untuk berdiet (walaupun aku bukan pendiet, betul tak tipu). Perut sentiasa je penuh dan sarat dengan makanan yang sedap². Jadi.....aku juga mungkin antara orang yang berasa sedikit selesa dengan berakhirnya Syawal nih tetapi dengan alasan yang berbeza.
Walau apa jua perasaan kita untuk meninggalkan Syawal, pastikan kita terus berharap agar dapat berjumpa lagi Ramadhan pada tahun hadapan. Kerana itu lah bulan yang sepatutnya kita tunggu, nanti dan rindui!

Friday, October 24, 2008

Sampul Buku Sekolah.....

Hati tersentuh apabila melihat terdapat bungkusan bersampul perang kertas pembalut buku sekolah masa dolu² diletakkan di atas meja aku semalam (23 Syawal 1429 / 13 Oktober 2008). Tercoret juga diatasnya perkataan '29 Years Old Boy Named Halim'. Melihatkan kepada jenis tulisan yang menggabungkan font arial, times new roman dan tahoma, hati dapat mengagak insan yang bersusah payah menghadiahkan sesuatu sempena menyambut Hari Lahir aku yang ke 29 ini. Pergh......dah tua sungguh aku nih! T_T
Walaupun bungkusan dan jenis hadiah yang diberi ini hampir sama dengan en. reds kerana tarikh kelahiran kami bersebelahan sahaja (aku 13 Okt dan en. reds 12 Okt), namun aku tetap merasakan keistimewaannya. Kerana aku menganggap setiap pemberian untuk aku adalah istimewa!



Terima kasih ye en. kaff. Insya Allah....26 Disember nanti, ingatkan aku ye! ^_^

Wednesday, October 22, 2008

Berehat bersama Kit Kat......

Fuh....penat betul! Rasenya mcm jadik bapak pengantin pulak!
Hari ini (22 Syawal 1429 / 22 Oktober 2008), syarikat tempat aku bekerja mengadakan jamuan hari raya ala² rumah terbuka. Mula²nya aku di tugaskan untuk menjadi AJK minuman je. Sekali bila dah tiba harinya (hari ni la tu), macam buat semua kerja je! Bukan ada orang arah pun, cuma aku sendiri je rase nak buat! Hehehehehe.
Ok lah, aku nak sambung balik jadik 'bapak pengantin'. berhenti rehat sekejap je ni, sambil nak solat Zohor. Insya Allah, kalau berkesempatan dan dianugerahkan idea yang mencurah² oleh Yang Maha Pemberi, akan aku catatkan sedikit sebanyak suasana majlis terbuka hari raya KPYPJ ni. Nak tunggu, tunggu lah. Tapi rase, baik tak payah kot! Hehehehehe! >_<

Tuesday, October 21, 2008

Entri......

Otak terasa mengecut, idea juga kelihatan kontang. Jangan kata nak menghasilkan bahasa yang berbunga, puitis dan retorik, nak mengarang bahasa yang seskema standard penulisan darjah 6 pun tak berjaya dihasilkan. Hmmmm.......itu lah yang berlaku. That's why blog aku semakin jarang berisi entri baru. Diri juga terus khayal membaca blog rakan² lain yang agak aktif mengisi blog masing². Menjadikan diri semakin sukar untuk mengarang entri baru. Hmmm....mungkin itu hanya alasan. Hehehehe!
Tertarik dengan entri di blog en. kaff di kedai gula² nye yang bertajuk 'Terpahat Dongengan Di Atas Batu'. Rasa segan lantas menyinggah di sudut hati. Kenapa lah gambar aku yang macam badut sarkas tu dipaparkan di blognya yang power tuh? Hehehehe....jangan marah ye kaff! Namun bagitu, aku harus berterima kasih kepada beliau kerana telah mengabadikan di blognya perjalanan kami yang cukup menarik, meriah, mengujakan dan berbagai² lagi yang tak terungkap dek kata²! ^_^
Agaknya......bila lagi lah berpeluang untuk merasai perjalanan yang sebegitu meriah dan menghiburkan! Terasa jadik macam bebudak balik pulak....bebudak yang dah layak jadik bapak budak! (kecuali en. reds) T_T
Anyway, terima kasih kengkawan....terutamanya yang menerima kami bertiga (aku, en. kaff n en. reds) sebagai tetamu mereka! (che pah n madame mis)

Tuesday, October 14, 2008

Siapa.....?

"Kenape dengan dia? Teruk benar moodnya"
"Isteri dia period!"
"Hai.....isteri period, suami yang bad mood?"
"Sebab dia 'bajet' isteri dia mengandung bulan ni!"
"Hoh, kan dia baru je kahwin, dan sampai begitu tinggi harapan!"
"Ntah lah!"
Aku terus mengomel dalam hati.....siapa yang dia marah sebenarnya? Aku cuba membongkar kembali salah satu kisah sufi yang pernah aku baca......
____________________
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi r.h telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.
Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:
"Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?"
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT
____________________
Jadik......kepada siapa yang 'kawan' saya 'bad mood' kan atau marah tuh? Renung² kan, dan selamat beramal! Hehehehehe!

Thursday, October 9, 2008

My Yaumul Eid.....

"Aduuuuh.....sakitnya dada n perut aku nih!"

Pagi Ahad (28 Ramadhan 1429 / 28 September 2008) yang disangka menjadi hari yang indah untuk permulaan minggu di kampung di dalam mood beraya agak meleset. Pagi itu aku tersedar akibat kepayahan bernafas. Setiap nafas yang dihela, seperti membawa masuk beribu² jarum tajam mencucuk² perut dan dada di bahagian kanan tubuh. Emak aku cuba mengurut² bahagian yang sakit. Angin! Kata mak aku. Malah aku pun berpendapat sedemikian. Sejak dari malam tadi, perut memulas² setelah beberapa jam berbuka dengan laksa singapura di Laksa Shack, Sutera Mall bersama rakan². Dan dalam perjalanan balik dari JB ke Muar juga dirasa begitu perit perut ini dan beberapa titik peluh yang tak dikenalpasti jantinanya mengalir akibat menahan sakit. Terbayang berbagai haiwan berlari dengan kegembiraan yang teramat di dalam perut ini. Kambing, lembu, kuda dan tak ketinggalan beberapa ekor gajah terbayang di benak setiap kali sakitnya menggila.

Setelah usaha emak aku gagal, dan sakit di bahagian yang pedih tadi terus menikam² setiap kali oksigen cuba dibekalkan ke paru², adik aku pantas dipanggil untuk dibawa berurut kepada yang lebih pro. Kereta ayah aku dikeluarkan, dan aku dengan bersusah payah cuba masuk ke kereta. Perjalanan yang biasanya pendek dirasakan begitu jauh sekali. Namun aku cuba menahan dengan menyedut udara sesedikit yang boleh bagi mengurangkan kadar kesakitan.

Dari jauh, kelihatan perkarangan rumah bakal aku berurut tersebut telah diisi dengan beberapa biji kereta yang mana aku kira telah lama sampai yang jelasnya bukan dari kalangan warga tempatan yang berhajat untuk berubat dengan pakar perubatan tradisional, yang berada di rumah yang sama. Kelihatan dua tiga buah keluarga juga telah lama menunggu giliran mereka untuk diubati apabila aku melangkah masuk ke rumah tersebut. Mujur aku hanya berurut dan orang yang mengurut dan orang mengubat adalah yang berbeza.

Setelah dimaklumkan, aku menunggu di ruang tamu bersama adik aku. Setelah menunggu hampir 15 minit, aku dipanggil. Situasi diterangkan, dan beliau lantas mengurut seluruh badan aku. Setelah lebih setengah jam, alhamdulillah....sakit di bahagian yang dirasakan dipenuhi dengan angin tadi telah lega. Namun sedikit kelainan aku rasakan berlaku. Aku mula merasakan tubuh aku mula hangat. Hangat yang kurasakan satu permulaan kepada demam yang akan aku terima hari ni, dan tak tahu bila akan sembuhnya. Cuma aku harap agar demam tersebut kebah sebelum tibanya Syawal nanti.

Sangkaan aku tepat, aku mula demam pada tgh hari tu. Cuma harapan aku agar demam tersebut tak berlarutan hingga hari raya tidak termakbul. aku demam hingga hari raya ke 2. Dengan erti kata demam yang agak teruk. Demam mula reda pada hari raya ke 2. Oleh kerana disangka demam dah beransur sembuh, aku menerima ajakan keluarga untuk beraya di kampun sebelah mak aku. Dan hasil dari itu, kepala aku pula diserang migrain yang teramat.

Jika sebelum ini dirasakan langsir yang bergeser dengan rambut bagai menarik bersama kulit² kepala ini, kini ia terasa berdenyut bagai ada hidupan di dalam kepala memukul dinding tengkorak dan cuba untuk menerobos keluar dari tempurung kepala. Sakit tersebut berlarutan hingga keesokan harinya (Sabtu, 4 Syawal 1429 / 4 Oktober 2008). Oleh kerana sakit yang lambat daya sembuhannya, ayah aku membwa aku ke hospital pada malamnya. Satu suntikan diberi di lengan kanan setelah beberapa nasihat diberi oleh doktor yang bertugas pada malam tu. 3 jenis ubat juga turut dibekalkan bersama sebagai 'pencuci mulut'.

Alhamdulillah....setelah seminggu aku menerima kifarah Allah, aku sembuh pada minggu berikutnya. Dan Alhamdulillah juga kerana sakit ini sembuh di dalam lingkungan waktu yang telah 'diperuntukkan' dan tidak melebihi dari cuti yang telah aku pohon. Ape pun, ini lah pertama kali aku beraya sebagai orang sakit. Dan berbagai² bayangan menghantui aku semasa aku berada di dalam keadaan tenat akibat demam, migrain dan sakit² lain yang datang dengan bersilih ganti. Semua bayangan itu adalah dosa² aku di masa lampu yang aku kenangkan, dan terfikir adakah sempat aku memohon kemaafan kepada semua insan yang telah aku dosai. Terutamanya kepada kepada kedua orang tua aku!
Di kesempatan ini, aku memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog aku ini, terutamanya yang mengenali diri secara dekat atau pun jauh kerana kerap kali kesalahan dan kesilapan dilakukan secara sengaja atau pun tidak. Dan aku rasa masih tidak lagi terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua!

Tuesday, September 23, 2008

Berbukeee.......

Pada Jumaat yang lepas (19 Ramadhan 1429 / 19 September 2008), syarikat tempat aku bekerja telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa di JB Katering, Taman Tasik Merdeka, JB. Majlis khatam yang diadakan di Dewan Kolej Islam tersebut bermula seawal 2.30 petang dengan bacaan surah² lazim bermula dari surah Ad Dhuha hingga lah surah An Nass.
Cuba untuk menumpukan perhatian pada majlis tersebut, tetapi beberapa bahagian pada tubuh badan ni agak kurang mengizinkan. Pinggang terasa sengal², kaki terasa lenguh² akibat bersila lebih dari setengah jam. Akibat dari itu, rase boring terus hinggap di hati. Di tambah dengan bacaan ustaz yang mengetuai majlis khatam tersebut membacanya dengan taranum ala² naib juara rancangan Akademi Al-Quran musim ke2. Akibat dari itu, aku dengan secara tidak sengaja cuba mencari alternatif lain untuk meredakan perasaan boaring tersebut. Dan antara alternatif yang dilakukan telah menjadi sasaran lensa kawan aku, en Reds yang ditugaskan sebagai jurufoto pada petang tuh.



Antara alternatif yang dilakukan adalah dengan mencari pasal dengan kawan di sebelah yang pada pengamatan aku, perasaan boring yang ada pada aku dah mula berjangkit kat dia pulak. Ist...ist...ist....kalau aku tau aku sedang diperhatikan, tak kan aku cari pasal dengan kawan sebelah aku. Nasib baik 'alternatif²' yang lebih menjolok mata tak sempat dirakam. Hehehehehe!
Majlis khatam Al Quran tersebut berakhir sekitar jam 5. Majlis bersurai selepas sedikit kata² hikmah dari CEO kami dan penyampaian saguhati setiap staf di KPYPJ. Fuh, aku rase....ni la raya paling best aku kat sini. Tak pernah² aku dapat ang-pow, tahun ni boleh dapat pulak, caya lah Dr.! Hehehehehe!
Setelah selesai majlis khatam tersebut, dan selepas bersiap ala² pakaian lapisan veteren tak sedar diri nak ke kelab dangdut, aku terus menumpang kereta kawan yang aku carik pasal masa kat majlis khatam Al Quran tadi untuk ke JB Katering. Dan kami tiba di sana dalam lingkungan 6.30 petang dan.....pergh.....orang dah mula membanjiri kawasan tersebut. Selepas 'check-in', group aku terus menuju ke meja yang telah ditempah. Belum sempat kerusi kami hangat, lantas terus ke meja² hidangan yang sarat dengan pelbagai juadah berbuka pose. Citer banyak tak payah, memang penuh la satu meja tu dengan makanan untuk 7 orang sehingga digelar oleh En. Reds 'team kuat makan'. Lantak la orang nak kata ape ye tak! Hehehehehe!

Kami pulang setelah seluar gagal di kancing (aku je la kot). Dan dalam perjalanan pulang, perut mula memulas, macam ada beberapa ekor kambing berkejar²an kat dalam perut nih! Adoiiiih...!!! Ape aje lah yang menjadikan perut aku sedemikian?

Yang penting ni je lah majlis berbuka yang meriah untuk aku tahun ni! (BTW this is the only majlis berbuka pose aku secara berjemaah di luar....huhuhuhuhu!)

Thursday, September 18, 2008

Pose....

Rasenya puase kali ni adalah bulan pose yang paling jimat untuk aku. Mana taknya.....seingat aku, tiada event berbuka pose secara berpoya² dengan kengkawan seperti tahun² yang sudah. Kalau tahun lepas la.....paling tidak 4-5 kali aku berbuka secara mewah² kat luar, yang mana memang confirm tak kurang dari RM 20 mesti keluar dari poket. Lepas tu makan mcm nak pecah perut dan kalau boleh pinjam perut kawan sebelah untuk extend perut, rase memang dah buat! Hahahahaha!
Tapi tahun ni......hingga ke saat ni memang tak de aktiviti tersebut. Mana taknya, pukul 6 je dah masuk kerja kat cafè yang mana dah memang confirm tak perlu keluar untuk berbuka (dah nama cafè.......memang la ada makanan, free plak tu!). Dan for sure gak aku tak perlu risau pasal makanan untuk sahur gak. Sebelum balik, makan je la puas². I mean makan untuk kenyang je la, tak de la makan sampai 3-4 kawah! Anak jin pun tak buat mcm tu! Hehehehehe.
Cuma ape yang aku rindukan ialah air katira yang biasa jual kat bazar Ramadhan tu. Kalau tahun lepas, memang tak miss. Boleh dikatakan hari² minum air katira. Siap beli untuk stok kalau esoknya hari cuti. Tapi tak semua air katira yang kat bazar tu sedap. Yang hanya jadi langganan aku ialah air katira abu bakar.......slurp....sedap sungguh. Sekadar teringatkannya sudah cukup membuatkan aku menelan air liur. Pergh....tgh² hari ni boleh plak terbayangkan air tuh! Huhuhuhuhu....!!
Tahun lepas RM 2.30 - 2.50. Dan tahun ni dia naik lagi 20sen, selaras dengan kenaikan harga minyak konon²nya. Pada hal, aku rase tak jejas sangat pun kalau diorang nak tetapkan harga mcm tahun lepas. Biasa la....manusia ni pantang tengok barang diorang laku. Cepat je hati dicucuk dengan nafsu. Tapi oleh kerana aku ni kipas-susah-mati air ni, dia naik RM3 pun aku beli.....kot!
Pergh.......teringat lagi kat air katira ni. Confirm petang ni aku pasti dapatkannya.....slurrrrrp!!!

Thursday, September 11, 2008

Error......

"The page cannot be display" atau "Error on DNS server" atau lebih kurang mcm tu la bunyiknya setiap kali ikon pelayar internet di klik!
Aduuuusss....geram pulak rasenya! Kenapa la talian internet bermasalah bila waktu ianya amat diperlukan.

(Saje nak melepaskan dan berkongsi kegeraman.....!!! >_<)

Friday, September 5, 2008

1st day.....

Semalam (4 Ramadhan 1249 / 4 September 2008) merupakan hari pertama aku berkerja di cafè pada bulan Ramadhan nih. Setakat semalam kerjanya tidak lah begitu memenatkan seperti hari² biasa, cuma bosan kerana perlu menunggu sehingga jam 2 pagi, baru boleh tutup. Kalau hari biasa, tutup pukul 11 tutup, pukul 12 lebih baru balik. Soo....kira la sendiri pukul berapa aku balik semalam. Huhuhuhu! Hati aku risau juga kerana hari sebelumnya aku dimomokkan oleh rakan sekerja bahawa, kerja pada bulan pose nih lebih memenatkan dari hari² biasa. Dan di tambah lagi, dia balik dari cafè jam 3.30 pagi. Perghhhhh......ajjer gilerr betul! Macam mane la aku nak kerja esok plak?

Walaubagaimanapun.....alhamdulillah, selepas solat terawikh bersama pelajar UiTM semalam, terasa aku diberi kekuatan oleh Yang Maha Pemurah bila mana badan tidak terasa begitu penat, seakan sedikit segar. Maka segala tugas dapat dijalankan dengan lancar. Dan momokan yang diperdengarkan oleh rakan sekerja hanya lah setakat dongengan untuk kanak² yang baru mengenali 'cinda' - hantu cerita Susuk. Ye ke? Hehehehehe....kata kawan aku la. Aku pun tak tengok cerita tuh! :p

Jam di dinding telah menunjukkan 2 lebih ketika aku sampai di rumah. Setelah selesai semua urusan (termasuk urusan dengan tuhan) aku mula merebahkan badan di katil. Sebelum terlelap, sempat juga menoleh jam loceng di hujung katil, fuh....dah pukul 3.20 pagi! Harap² la boleh tidur dengan mudah.
Dan.....alhamdulillah, harapan itu telah dimakbulkan.

Wednesday, September 3, 2008

Macam kena....

Bisa² dan sengal² menyerang hampir setiap inci tulang yang ada di bahagian kiri tubuh badan. Bahagian lain pulak serasa seram sejuk. Tekak terasa pahit - perit. Kepala terasa berat. Lalat turut singgah di kepala berkongsi pening (pening² lalat).

Aduuuuh.......nak demam ke? Kalau nak demam pun, jangan la yang kritikal. Orang kata....kalau demam disulami bisa² tulang, tu nak kena demam cikukunnya....cikunnya....tak berapa mahir pulak aku nak menggayakan perkataan penyakit baru nih. Kunyah ciku aku tau laaa. Nak ke klinik macam malas ditambah dengan keadaan cuaca yang kurang mengizinkan (alasan je tuh).
Semakin petang....suhu badan mula meningkat. Dah mula terasa bahang yang mula dikeluarkan oleh batang tubuh. Rasa nak balik rumah je. Makan panadol dan berkelubung sampai demam ni kebah.


Harap² la diberikan kekuatan untuk ke klinik petang ni! Huhuhuhuhu...!!!

Friday, August 29, 2008

Cuti semalam......

Semalam (26 Sya'aban 1429 / 28 Ogos 2008) aku bercuti. Asalnya nak dok rumah tido sampai pengsan. Bila berkira² pada malam sebelumnya, rasenya mcm ada beberapa perkara yang perlu dibuat. Daripada dibiarkan cuti berlalu pergi dengan sia² atas katil, baik dilaksanakan beberapa tugas yang boleh diselesaikan masa cuti nih.
Perancangan dibuat, beli obat kat sentosa - pos obat kat u. mohsin - renew lesen - jual tin - ke KP hantar 'barang' - bank-in duit - basuh keta - balik rumah sambung tido! >_<.
Waaaahhh....mcm banyak je yang nak kena buat! Tapi dalam banyak² tu, hanya beberapa je dapat diselesaikan. Yang lain, tak dapat dibuat disebabkan anasir² luaran dan anasir² dalaman. Antara yang aku geram bila tak dapat buat, ialah tak dapat nak renew lesen! Tiba² pulak server down! Waarrghh....nape la bila aku nak jadik rajin untuk renew lesen server boleh down pulak! Tak po eh....nak buek mcm mano! Tunggu la esok kot. Itu pun kalau rajin, kalau tak....minggu depan la jawabnya! Hehehehehe.
Esok aku balik kampung, Pagoh, Muar. Atau lebih spesifik....Olak Sepam! Yuhooo...! Harap² air sungai ok la hendaknya! Boleh aku berendam dengan anak² sedare aku! Itu pun kalau abang aku jadik balik. Kalau tak, kesian kat mak aku, kempunan lagi la nak 'bergumpal' dengan cucu²nya! :p
Minggu depan pulak dah mula pose. Hoh, dah setahun aku dah tinggalkan Ramadhan. Kejap jek kan? Hehehehe. Macam mane la dengan Ramadhan aku kali ni? Harap² jangan la mcm tahun lepas. I mean...harap² la lagi baik! Boleh solat terawikh, boleh khatamkan Al-Quran, tak tengok yang 'bukan²' dan tak nak banyak tido (boleh ke?). Nak jumpa 'kekasih' yang satu ni setahun sekali jek! Kalau dah terlepas, tak sure boleh jumpa lagi tak tahun depan. Sebagaimana dialog Gunblade dalam blog orang jahatnya. Sungguh bermakna dan mendalam. Hati disentuh dengan beberapa jenis rase bagai makan siakap 13 rase yang di masak oleh chef ehem²!
Kepada semua pembaca blog aku ni, diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna!
♫Ku mengharapkan Ramadhan, kali ini penuh makna,
agar dapat ku tempuhi dengan sempurna♫
(Harapan Ramadhan - Raihan & Manbai)

Monday, August 25, 2008

Konvo KP

"CONVOCATION (Lat. convocatio, a calling together), an assembly of persons met together in answer to a summons. The term is more usually applied in a restricted sense to assemblies of the clergy or of the graduates of certain universities."

"In some Universities, the term "convocation" refers specifically to the entirety of the alumni of the university, which function as one of the university's representative bodies. Due to its inordinate size, the Convocation will elect a standing committee, which is responsible for making representations concerning the views of the alumni to the university administration."
Di atas adalah beberapa istilah tentang Konvokesyen. Tu je lah yang boleh aku paparkan tentang konvo ni. Penerangan dan sejarahnya, terlalu panjang untuk dinyatakan di sini. Saje je carik sedikit sebanyak maksud konkesyen ni sempena meraikan majlis konvokesyen KPYPJ yang ke 11 pada Sabtu lepas (21 Sya'aban 1429 / 23 Ogos 2008). Try to be as resourceful as kaff kat kedai gula² nya. Tapi.....tak pe la. Let the expert (bab² fakta ni) do the job! hehehehehe.
Terlibat sebagai AJK fizikal jek. Tugas, memasang dan mencabut bunting (pron: banting) serta backdrop. tak susah mana pun. Sehari sebelum majlis, pasang mende alah tu semua. Then bila dah abis majlis, cabut je la balik. Oleh kerana rase mcm sikit, join gak la AJK lain yang mcm memerlukan bantuan. Hehehehehe! Malam sebelum kena bertugas sebagai AJK Fizikal tuh, dapat panggilan rakan untuk membantunya kerana AJK yang disertainya (AJK jubah) kekurangan lelaki dan memerlukan staf tambahan. Rase mcm penat jadik AJK jubah ni. Tapi setelah diterangkan yang tenaga aku diperlukan tak lama. Lebih² pun sampai pukul 9.30 pagi jek, aku pun bersetuju untuk turut serta serta memikirkan sebab kawan² yang mintak tolong. Kalau bos dia, memang aku bagi alasan mcm²! Kwah kwah kwah...jahatnya aku! :p

Kami sampai di Rumah Alumni UTM, lokasi untuk pengambilan jubah dalam pukul 7. Dan pada waktu itu, tak ramai lagi staf selaku AJK yang telah hadir. Sempat gak la balun sepinggan dua nasik goreng Pn. Zue yang digorengnya dengan resepi turun temurunnya tuh. Tempat dah dikemas, cuma tunggu lori yang membawa jubah yang masih dalam perjalanan. Operasi pengagihan bermula sekitar jam 8.30 pagi setelah semua bungkusan² yang berisi jubah diturunkan dari lori dan disusun mengikut saiz kelonggarannya iaitu S untuk 'singkat', M untuk 'mcm ok', L untuk 'labuh' dan XXXL untuk 'labuhnyeee'. (Spesifakasi tersebut tidak terdapat dalam mana² buku panduan ukuran metrik, hanya imaginasi penulis)


Gambar di atas adalah suasana bilik pengambilan jubah di Rumah Alumni UTM. Keadaan agak lengang, dan kelihatan beberapa orang AJK, duduk santai sambil ber'gossip'. Jam pada ketika ini menunjukkan baru je pukul 8 lebih. (ape la yang boss aku buat kat situ?)


Gambar ini pula adalah keadaan bilik pengambilan jubah yang telah mula dipenuhi dengan pelajar² yang 'rakus' dan teruja untuk konvo. :p Walaubagaimanapun keadaan agak terkawal kerana kecekapan para AJK bertugas, walaupun 'polis' (aka'k) yang ditugaskan untuk mengawal keadaan trafik gagal menjalankan tugasnya dengan baik.

Janji pukul 9.30. Oleh kerana kekurangan staf dan akibat leka dengan 'keseronokan' mengagihkan jubah, aku mengakhiri tugas sebagai salah seorang AJK jubah pada jam 11.30. Sebagai penghargaan di atas bantuan kami (aku, kaff dan eizul), En. Ruhi, selaku 'king of jubah' telah menyumbangkan sedikit saguhati kepada kami yang mana saguhati tersebut telah habis kat Tujuh Sebelas (7 Eleven) sebagai penawar keroncong perutku. Huhuhuhuhu....nasik yang diperuntukkan telah habis di makan oleh 'bos²' yang tak bertugas. T_T

Ape pun...aku seronok pada hari sebelum konvo tuh! Dah lama tak kijer dalam keadaan 'enjoy'! :p

Thursday, August 21, 2008

Kahwin....?

"Kelembutan dan kehalusan yang disulam dengan Iman dan ilmu, sungguh merupakan satu kekuatan yang paling hebat bagi seorang isteri untuk memberi nafas kepada kebahagiaan dan keutuhan rumahtangganya. Ia merupakan kekuatan yang boleh merobohkan benteng batu, melembutkan besi, dan menenangkan taufan yang menggila. Tegasnya, akhlak seorang isteri sangat berperanan di dalam menjamin keutuhan rumahtangganya. Ia menghembus nafas ketenangan di dunia dan menghirup keredhaan Ilahi dan kebahagiaan di akhirat.
Kegagahan Suami bukan bermakna tadbirnya dalam kekerasan sikap. Tetapi menjurus kepada keampuhan jiwa menahan badai hidup berumahtangga dengan tenang , sabar dan tidak hilang pedoman. Di saat gawat, sang suami bagaikan sauh kapal yang kekal tegar menahan sendi rumahtangganya dengan sabar dan teguh."
Di atas adalah sinopsis salah satu buku yang aku terbaca kat internet. Nak beli mcm......hehehehe...lari bajet plak nanti. Tapi sinopsis di atas rasa mcm dah cukup untuk memberikan panduan kepada mereka² yang dah berkahwin, akan berkahwin atau yang berangan² nak kahwin (mcm aku le tu ^_^). Cuma nak tambah sikit, dari perspektif yang lain, sebenarnya pompuan ni perlu 'gagah' dan lelaki ni perlu 'cantik'. Bunyi mcm pelik.....kan? Tapi tolong jgn direct 'translate' (<= maaf guna bahasa pasar sikit :p) kan terms tuh! Tak tau, tanya pada yang tau, dah yang dah tau, jgn pulak lokek. Hehehehe.....
Soo....boyz n girlz out there, dah ready lom dengan 'persiapan' yang disebutkan dalam sinopsis buku ni?

Monday, August 18, 2008

Bas gak....

Hari ini (16 Sya'aban 1429 / 18 Ogos 2008) aku masuk lewat. Bukan sebab terlewat bangun atau masalah kesihatan. Tetapi kerana rancangan yang direncana tidak berjaya dilaksana. Positif...positif.....jgn fikir yang negatif! Mengikut perancangannya aku akan menumpang kawan aku balik ke Johor Bahru pada petang semlm selepas maghrib. Sedang dalam bilik air, terdengar mak aku menjerit memberitahu yang ada call. Aku meng'iya'kannya sahaja. Dalam hati berkata, tak pe....jap lagi aku call balik. Mungkin Hanapi, rakan yang telah berjanji untuk menumpangkan aku balik ke JB. Selesai mandi, terus ke ruang tamu dan masih kedengaran telefon bimbit aku terus berdering. Lantas ku angkat, sah Hanapi!
Panggilan pada maghrib itu, sedikit mengecewakan aku. Aku sangka, panggilan tersebut memberitahu yang dia sudah dalam perjalanan untuk ke rumah aku. Sangkaan ku meleset kerana panggilan tersebut untuk memberitahu yang dia tidak dapat balik pada hari yang dijanjikan kerana mendapat panggilan kecemasan dari kampungnya (Parit Yob) memberitahu yang ayahnya dimasukkan ke hospital. Kesiaaaaan.....! Dalam keadaan diri yang keciwa, lupa pulak nak bertanya tentang sakit ayahnya itu. Balik esok la nampakanya. Perasaan kecewa yang meluap² cuba aku injak² dengan perasaan kesian pada Hanapi dan fakta "ni semua kerja Allah"! What did i mean bukan aku menyalahkan Allah, tapi nak memujuk diri bahawa ada hikmahnya aku tak balik pada malam tuh! Tak pe lah, daripada memikirkan kekecewaan, baik aku fikirkan langkah yang harus aku ambil untuk sampai ke JB. Lepas solat maghrib, aku terus ke pekan Pagoh untuk membeli tiket ke JB.
"Pukul 7.45 pagi punye tiket sudah abis adik, pukul 8.30 punye ada banyak lagi" jelas penjual tiket bas yang berbangsa india, merangkap tokey capati kat pekan Pagoh nih. Tanpa banyak soal, terus aku membelinya. Pulang ke rumah, jari terus menekan butang² di telefon bimbit untuk menghantar sms pada bos aku untuk memaklumkan kelewatan aku hadir ke pajabat esoknya. Nak call takut ganggu plak. Hehehehe. Dan malam ni, dapat la aku tido lagi kat kampung sambil 'mendengki' kucing² yang ada kat rumah ni! Hahahaha....siap la korang malam ni! Korang ingat korang dah selamat!? ^_^
Alhamdulillah....aku selamat sampai ke JB hari ni, dan 'sempat' untuk 'thumb in' pada jam 11.37 pagi! Tak sampai tgh hari lagi kan, so...tak yah la amik cuti kot. Hehehehehe!

Friday, August 15, 2008

Cuti.....

Bermula Isnin depan (16 Sya'aban 1429 / 18 Ogos 2008) cafè tempat aku kijer part time dah mula cuti kerana student UiTM yang menjadi pengunjung setia cafè tersebut telah memulakan cuti semester mereka. Ini bermakna, aku perlu hidup dengan menggunakan duit sendiri (dah tak de makan free) huhuhuhuhu. Seminggu++ plak tu! Dan pendapatan aku pada bulan ni pun akan hilang seminggu! Banyak tuuuuh! Wooo...wooo....wooo!!!
But look at the bright side bro! Bila cuti, ini bermakna aku ada masa lapang pada waktu malam selama seminggu! Aku boleh habiskan masa dengan membuang masa depan PS dan PC, aku boleh keluar dengan kengkawan - merayap n minum dengan diorang, aku boleh rehat puas² supaya tak keletihan esoknya di tempat kerja dan kalau perangai aku tiba² terjadik baik, boleh la baca² kitab suci yang dah lama aku tinggal (tapi harapan agak tipis untuk buat yang last ni >_<).
So...moralnya, every single thing yang berlaku kat kita ada baik dan buruknya! Sebagaimana kata pepatah cina yang dah di'translate'kan ke bahasa omputih;
"Eveything that happen is just like a piece of coin. It's up to u, to look upon which side that u want!"
Ataupun lebih kurang, setiap sesuatu tu ada baik dan buruknya. Terpulang lah pada pada kita samada nak terus tengok pada keburukan atau nak renungkan pulak hikmahnya jika yang berlaku itu sesuatu yang buruk. Senang citer, setiap sesuatu yang berlaku tu memang ada hikmah la! Hehehehe! Dan aku sebagai ummat Islam, memang kena sentiasa berfikiran positif pada apa² juga keadaan yang terjadi. Dan sifat redha mesti lah tersimpul rapi dan terpahat cantik di hati! Cuma....ye lah! Kenkadang tu terlupa, sampai keluar perkataan² yang tak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang muslim. Ampunkan lah hamba Mu ini Ya Allah!
Jadik.....selamat bercuti (malam) lah untuk aku dan juga kepada semua student UiTM cawangan badaraya JB! :)

Monday, August 11, 2008

Halaqah

Pada hari Ahad (8 Sya'aban 1429 / 10 Ogos 2008), sedang asyik melayan sesuatu di PC (main game ler tu), tiba² hati terdetik untuk berhenti. Seperti ada sesuatu yang kurang. langkah terus dihayun ke ruang tamu, lantas jari terus menekan butang di remote. Alhamdulillah.....mujur tak terlepas rancangan Halaqah di TV9....dekat di hati! :)

Sebagai seorang yang tak berapa tgk rancangan tv (kerana banyak masa habis kat PS dan PC :p), aku amat tertarik dengan rancangan Halaqah ni. Untuk aku ia adalah ruang untuk aku melembutkan hati yang telah memejal selama seminggu. Sebab kata ustaz, hati yang tidak didengarkan dengan kata² nasihat, akan menjadi keras. Berbalik citer Halaqah tadi.
What can I see, rancangan Halaqah ini membincangkan ayat² yang ada dalam Al-Quran. Tak banyak mana pun diorang ambik, biasanya sepotong ayat je dari kitab suci nih untuk satu² episod. Daripada sepotong ayat, di rentangkan menjadi hampir 1 jam penjelasan dan perbincangan. Selain daripada menerangkan tentang asbabul nuzul tentang ayat tersebut, ia juga memperjelaskan sesuatu ayat Al-Quran dengan seperinci mungkin. Apa lagi yang menarik dengan rancangan ini, selain ianya diterangkan dari sudut agama bagi yang memang untuk kita yang beragama islam, ia juga memperjelaskan dan mengaitkannya dengan sains bagi menyokong setiap fakta di dalam Al-Quran untuk memberikan logik pada akal manusia yang terhad lagi kerdil ini.

Sebagaimana kata salah seorang ahli panel dalam rancangan ini;

".....bila kita bercakap tentang mu'jizat (ayat Al-Quran) dikaitkan dengan sains, kita bukan nak mengatakan mu'jizat ini kerdil, tapi kita nak cuba faham, cuba tenangkan jiwa, terutama yang ada keraguannya dan kita nak menyatakan ada munasabahnya, walaupun sains tak dapat nak terangkannya secara seratus peratus."

(Dr. Danial Zainal Abidin - Halaqah, episod 29 : Buraq)

Demikian lah kata salah seorang ahli panel yang agak kerap dijemput untuk memberi kupasan tentang tujuan dikaitkan antara islam dan sains. Lagipun, aku rase memang lebih menarik dan cantik jika Islam ini sentiasa dikaitkan dengan sains, malah apa² saja yang berkait dengan kehidupan. Dan sememangnya apa yang ada dalam Islam itu merupakan jalan atau landasan untuk kita hidup kat dunia nih. Tidak seperti sesetengah pihak yang sentiasa mahu memisahkan antara agama(islam) dengan kehidupan. Teringat juga pada kata² penceramah majlis ilmu masa aku belajar dulu. Katanya;

"Semasa kita di jalanraya, kita perlu ikuti papan tanda yang dipasang oleh JKR (Jabatan Kerja Raya), kerana JKR la yang buat jalan tu dan supaya kita tak 'eksiden'( maaf, bahasa pasar :p). Jadi, kita sebagai manusia yang dicipta oleh Allah, Dia telah memberikan Al-Quran sebagai 'papan tanda' kepada kita untuk kita berjalan di muka bumi ni. Jadi kalau tak nak 'eksiden', kena la ikut 'papan tanda' yang Allah bagi tu!"

So....kenapa kita terus berdegil untuk terus memisahkan antara kehidupan dan agama?

Tuesday, August 5, 2008

Mcm mane ni....

Muka terasa kembang, badan terasa berat, perut terasa gelebeh. Tu petanda berat aku bertambah! Aduuuh....naik balik berat aku nih! Padahal, tak de la banyak mana aku makan! Macam mana la agaknya aku nak kekalkan berat badan aku ni. Hari tu rase mcm dah turun sikit. Tapi tu la, masa rase turun hari tu disebabkan banyak aktiviti² yang merangsang pengeluaran peluh (fuh skemanya ayat!). Lagipun masa tu aku ada banyak masa, sebab cafe tempat aku kijer part time ni bercuti. Jadik, dapat la buat aktiviti berpeluh² ni. Tapi sekarang ni, masa makin kurang. Hajat hati nak bangun pagi² buat sedikit aktiviti. Tapi tak mampu.
Tapi bukan aku sorang je yang bergelut dengan masalah berat badan ni kan. Ramai lagi kat luar sana tuh. Bukan ape, bila badan ni mengembang, pergerakan agak terbatas. nak beribadat pun mcm kurang selesa. Dari segi penampilan, jgn ckp la!
Masing² dengan masalah sendiri. If im striving to lose weight, (tak striving mana pun!), kawan aku pulak, berhempas pulas nak tambah berat badan! Pelik kan? Pada aku, tak de masalah mana pun nak naik kan berat badan ni! Makan, tido....confirm naik! Hahahaha! (ketawa jahat) Sedangkan dia, kalau hilang fokus pada pemakanan, berat badan boleh jatuh. Berlainan dengan aku, hilang 'fokus' pada pemakanan, berat badan membuak² naik! Hehehehe! Cuba mintak petua dari dia. Tapi mcm tak membantu jek.
Ada gak kawan suruh amalkan yoga, tapi mcm tak berapa minat jek (sori ek! :p). Berdasarkan kepada artikel² yang aku pernah baca, pengurusan berat ni banyak bergantung pada ketabahan diri sendiri. Hmm....kena bina ketabahan diri dulu ni baru boleh maintain berat. Gambatte to me! T_T

Friday, August 1, 2008

Nasyid.....

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Ummati.....ummati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

(Ya Rasulullah : Raihan)



Sedang asyik menekan butang di papan kekunci komputer menyiapkan kerja yang tertangguh akibat cuti sakit semlm (28 Rejab 1429 / 31 Julai 2008), terlintas di hati untuk mendengar lagu nasyid di petang² jumaat ni. Lagu² kumpulan Raihan pantas menjadi pilihan untuk dimuatkan ke dalam senarai untuk diperdengarkan. Satu persatu nasyid dihayati, sehingga lah sampai ke lagu di atas, "Ya Rasullullah". Tarian jari di atas papan kekunci lantas terhenti, kaku. Lagu ini perlu dihayati, bisik hatiku. Tetikus lantas dicapai, mencari lirik lagu tersebut didalam folder peribadi. Sekurang²nya 3 kali lagu ini diulang. Pada aku lagu ini adalah antara salah satu lagu yang terindah kumpulan Raihan. Melodinya, dan liriknya begitu memukau dan mampu memberikan gambaran jelas betapa rindunya seorang ummat kepada nabi junjungannya! Satu helaan nafas dilepaskan, sebak!

Sekiranya gunblade mempunyai earthly wish, so do I! Cuma not so earthly. Aku selalu mengangankan, kan bagus kalau aku hidup zaman Rasulullah, zaman kebangkitan dan kegemilangan Islam! Kerana aku hanya akan ikut sahaja ape yang dilakukan oleh Baginda agar tidak tergelincir dari landasan Islam. Maybe my wish is quite selfish, tapi aku memang selalu memerlukan bimbingan dan takut mendapat bimbingan dari yang terpesong. Mungkin juga my wish seems like aku tak redha dengan apa yang dah ditentukan, tapi...itu lah namanya keinginan! Keredhaan tetap juga dipahat, cuma angan² dibiar terbang di langit khayal.

Ape pun.....hakikatnya, aku merindukannya sabagaimana baris² yang terdapat dalam lagu tersebut!